Famili

Malu Dan Hilang Keyakinan Diri, 3 Wanita Kongsi Kisah Duka Pernah Derita Masalah Kulit.

2.1K
SHARES

Jangan dibuat main dengan masalah kulit. Bagi orang normal, mungkin anda rasa tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Tapi bagi mereka yang terpaksa berhadapan dengan masalah sama setiap hari, ia satu tekanan.

Seperti 3 wanita ini, menderita masalah kulit sejak sekian lama menjadikan mereka mudah terasa hati. Hinggakan walaupun hanya anak kecil yang bertanya tentang keadaan kulit mereka itu pun sudah boleh buat mereka sedih.

1. Sampai malu dengan suami – Qutreen

Nampak biasa, tapi siapa sangka disebalik senyuman manis wanita ini, dia sebenarnya ada menyembunyikan kisah luka. Apabila ditanya tentang masalah kulitnya, Qutreen menghela nafas panjang. Kata Qutreen, dahulu semuanya sempurna. Sejak kecil dia tak pernah ada masalah kulit.

Malah dia boleh berbangga apabila rakan-rakan terdekat termasuk suami kerap memuji kecantikan kulitnya. Tapi segalanya berubah selepas melahirkan anak pertama, Qutreen jadi hilang keyakinan sehingga dengan suami sendiri pun malu untuk bersemuka.

Perubahan hormon selepas kelahiran anak sulung membuatkan kulit Qutreen berubah mendadak. Ia semakin kering dan sensitif. Kulit tangannya pula menjadi kasar sehingga apabila bersentuhan tangan dengan suami pun dia akan cuba mengelak. Kadang-kadang Qutreen menangis sendirian kerana tertekan.

2. Pernah segan untuk keluar rumah – Hanis

Sebagai wanita bekerjaya, kulit yang bersih dan cantik sudah tentu jadi aset utama. Apatah lagi bila nak bersemuka dengan majikan dan klien, segalanya perlu sempurna. Mengikut cerita Hanis pula, dia memang sudah lama menderita masalah kulit kering.

Kulitnya menjadi bertambah kering dan kasar bila berada dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin atau terdedah pada cuaca sejuk serta lembab terlalu lama. Ini menyebabkan kulit Hanis mudah gatal-gatal dan meninggalkan kesan kemerahan yang ketara.

Keadaan ini pernah memaksa Hanis untuk ‘berkurung’ di rumah dan dia juga sanggup mengambil cuti tahunan kerana segan untuk ke tempat kerja. Sejak menderita masalah kulit, Hanis akui dia menjadi lebih sensitif. Walaupun ada yang hanya sekadar memandangnya lama dari jauh atau anak sendiri yang bertanyakan tentang kulitnya, dia mudah menangis dan merajuk.

3. Sedih tengok keadaan anak – Suriyana

Siapa tak susah hati tengok anak tergaru-garu tengah malam. Paling sedih bila nak mandi pun anak menangis kerana kulit luka dan pedih. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini menceritakan bahawa anak sulungnya sebelum ini tidak pernah ada masalah kulit sensitif sewaktu bayi. Tapi bila berumur 3 tahun, kulit anaknya mula menjadi kering teruk dan kemerahan terutama pada bahagian leher.

Bila ditanya tentang ikhtiar rawatan, Suriyana bercerita dengan panjang lebar tentang usahanya pernah mendapatkan khidmat rawatan tradisional dan berjumpa pakar kulit. Malah, sebelum ini dia juga sanggup menghabiskan banyak wang ringgit semata-mata untuk membeli pelbagai jenis produk tapi malangnya tiada hasil. Lebih menyentuh hati, Suriyana mengakui pernah terfikir untuk berhenti kerja dan meninggalkan kerjayanya kerana risau melihat keadaan anak.

Kini mereka dah temui puncanya

Ya, itu cerita dahulu. Sekarang ketiga-tiga mereka boleh menarik nafas lega. Penderitaan masalah kulit yang dahulunya pernah menekan emosi diri dan keluarga kini tiada lagi.

Berkongsi kebaikan dari pengalaman yang hampir sama, ketiga-tiga wanita ini tak lokek bercerita bahawa masalah kulit yang dialami mereka sebelum ini sebenarnya berpunca daripada salah satu faktor besar iaitu tekanan oksidatif yang berasal dari persekitaran dan radikal bebas di dalam badan kita.

Tekanan oksidatif jadi punca kulit sensitif

Tahukah anda tekanan oksidatif adalah ketidakseimbangan pengeluaran radikal bebas dan kemampuan tubuh mengatasi kesan berbahaya melalui peneutralan oleh antioksidan. Inilah salah satu faktor utama yang membuatkan kulit jadi kering dan gatal.

Gaya hidup yang menekan seperti Hanis, perubahan hormon seperti Qutreen, dan radikal bebas dalam tubuh sebenarnya boleh menyebabkan kelembapan semula jadi kulit hilang dan mengakibatkan ketidakselesaan. Hasilnya kulit menjadi sensitif, kekeringan dan ada ketikanya boleh berlaku iritasi.

Kulit juga merupakan organ tubuh yang bersentuhan secara langsung dengan segala hal di luar badan. Ia menjadi lebih rosak serta sensitif apabila kerap terdedah dengan pelbagai keadaan misalnya cuaca, sinar matahari atau pencemaran. Jika anda tak tahu jom kita sama-sama jadi saintis sekejap!

Nak tahu macam mana keadaan kulit anda apabila terdedah pada tekanan oksidatif? Tonton video di bawah.

Anda sudah nampak kan macam mana potongan epal yang pada awalnya segar dan cantik bertukar menjadi kehitaman selepas terdedah kepada tekanan oksidatif. Begitu jugalah kulit kita!

Berbalik pada kisah Qutreen, Hanis dan Suriyana. Ketiga-tiga mereka sebenarnya sudah jumpa penyelesaian untuk masalah mereka. Berikut kami kongsikan pengalaman manis mereka selepas menggunakan produk Koolit™.

40x antioksida & penyerapan pantas melegakan kulit

Kalau anda nak tahu, Koolit™ adalah rangkaian produk penjagaan kulit sensitif yang memang lain daripada produk yang lain. Walaupun pada awalnya ketiga-tiga wanita ini agak risau untuk mencuba produk Koolit™ kerana trauma tersalah guna produk.

Tapi bila sudah cuba, perkara pertama yang mengagumkan ialah krim dan losyen Koolit™ sangat pantas menyerap dan kulit mereka tiada lagi rasa kasar serta kering seperti selalu. Lebih menarik lagi, teksturnya juga tidak melekit dan tidak meninggalkan apa-apa kesan berminyak pada kulit mereka.

Bagi Suriyana pula, masalah anaknya yang kerap menangis sewaktu mandi akibat kepedihan disebabkan kulit luka terkena air kini selesai dengan bantuan Gentle Body Wash. Kalau anda nak tahu, mandian Koolit™ Gentle Body Wash memang terbaik kerana ia membersih secara lembut pada kulit malah tidak perlu dibilas dengan air pun.

Koolit™ pilihan terbaik seisi keluarga!

Ketiga-tiga pilihan produk Koolit™ diformulasi dengan Licorice Root Extract (Ekstrak Akar Manis) yang mempunyai sifat melegakan kulit gatal-gatal dan juga mengandungi vitamin E semulajadi. Koolit™ ternyata sesuai untuk kegunaan harian kerana diperkaya dengan 40x anti-oksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan, mengurangkan tekanan oksidatif dan mengembalikan keremajaan kulit.

Paling mengagumkan, Licorice Root Extract dalam produk Koolit™ berupaya memulihkan kembali kulit anda yang bermasalah akibat terdedah pada sinaran UV. Tak cukup dengan itu, ia juga berfungsi dengan baik pada kulit seperti membantu meratakan tona kulit, mengurangkan masalah pigmentasi sekaligus memberi efek pencerahan kulit kepada pengguna.

Pendek kata, lepas ini anda tak perlu runsing lagi terpaksa habiskan duit untuk mencari berpuluh-puluh produk kulit semata-mata nak sesuaikan dengan ahli keluarga kerana Koolit™ ada penyelesaiannya!

Eh… Sebelum kami terlupa!

Koolit™ kini menawarkan secara PERCUMA 300 unit produk Calming Cream 25ml bernilai RM15 setiap satu kepada 300 orang pertama yang mendaftar di laman sesawang rasmi Natural Options.

Cepat daftar sebelum terlambat kerana saiz tiub kecil comel ini senang nak disimpan di dalam poket dan mudah dibawa ke mana saja. Lagipun sepanjang musim wabak kita kan kerap mencuci tangan. Jadi, tangan anda takkan kekeringan dengan sapuan Calming Cream.

Bagi yang tertanya-tanya di mana boleh dapatkan produk Koolit™, jangan risau sebab kini kesemua rangkaian produk Koolit™ boleh didapati secara atas talian di Watsons, Lazada dan Shopee. Cepat dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Jangan lupa untuk kongsi kebaikan Koolit™ dengan kawan-kawan dan keluarga yang lain juga!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×