Famili

Ini 11 Produk Berpantang Yang Wajib Ada Di Rumah

654
SHARES

“Dah masuk fasa berpantang ni, apa produk yang sesuai untuk aku eh?”

Setelah memasuki fasa berpantang, mesti ramai ibu yang keliru mengenai produk apakah yang sesuai digunakan. Tidak semestinya menggunakan satu sahaja jenama, anda juga boleh campurkan pelbagai produk berpantang seperti yang dikongsikan oleh wanita ini. Barulah boleh dapatkan badan macam anak dara dulu.

1. SLIM MAX SENDAYU TINGGI

Yang ni amal minum malam-malam sebab malam selalu lapaq. Menyusukan mesti kerap lapar. So bancuh yang ni segelas memang hilang rasa lapar tu.

2. HERBAL BALM

Herbal balm ni sapu dekat dahi jadikan sebagai pilis.

3. MINYAK BERUBAT HERBA

MBH ni bagus guna untuk baby. Sapu-sapu perut dia dan guna untuk urut baby. Ibu pon boleh jugak guna. Selagi minyak tu tak habis sesiapa pon boleh guna. Boleh jugak guna untuk titik atas pad. Nyaman je rasa.

4. TANAMERA BODY SCRUB

Untuk scrub kali try yang Tanamera pulak. Dulu pakai yang NR. Boreh Scrub Tanamera serius best. Sentai hari memang akan cerah kulit perut hampa tu lpas beranak. Sapa yang mengalami strech mark teruk di perut wajib cuba yang ni. Sapa yang ada masalah leher gelap masa pregnant pon boleh guna. Ni antara kebaikan dia:

-Campuran herba-herba yang berciri memanaskan badan secara semula jadi
-Menyegarkan dan memulihkan badan yang letih & lesu
-Meransang peredaran darah
-Mengurangkan angin dalam badan
-Mencerahkan hitam-hitam di bahagian leher, ketiak dan peha akibat perubahan hormon

5. SHAPING GEL

Jeng jeng jenggg. Ni antara yang feveret sebab dia rasa sejuk je bila sapu. Disebabkan harganya agak mahal so aku sapu dekat bawah dagu & muka ja. Bagi ada v shape sikit. Ni rutin harian tiap malam memang tak penah tinggai. Antara kebaikan yang lain

-boleh mengurangkan kesan selulit
-membentuk badan lebih padat & pejal
-menegangkan kulit
-mengurangkan tanda regangan
-mengurangkan lemak bawah dagu dan leher

6. LOTION MUSTAJAB

Haaaa. Losyen mustajab ni memang mustajab. Sapu dekat peha, perut & tempat-tempat yang hampa rasa bermasalah laa. Yang penting kosisten sapu tiap-tiap hari. Sapu seminggu sekali lambat sikit la nak berkurang inci tu. Ikutkan yang ni antara yang paling panas. Tapi bila sapu tak la rasa panas teruk pon. Mungkin ikut kulit orang jgak. Ada yang pakai rasa panas gila. Yang nak kurus tu wajib la bli yg ni. Lagi pon harga pulak mampu milik. Ada banyak pilihan losyen ni. Pilih la ikut yang mana hampa suka. Boleh jugak pakai sebelum berbengkung.

P/s*

Tips utk czer ni. Kalau hampa rasa takut nak berbengkung, hampa boleh sapu losyen ni dekat perut then hampa wrap perut hampa guna plastik wrap tu. Tak percaya try buat.

7. BODY TONE

Body tone ni sapu tiap-tiap pagi sebelum mandi. Sapu dulu 1 badan then sejam lepas tu pergi mandi. Hampa akann rasa berangin ja badan. Then lepas mandi tu hampa boleh rasa betapa gebunya kulit hampa. Antara kebaikan body tone ni:

-bertindak mengurangkan kesan sembap & gemok air
-menghalus dan mencerahkan kulit

8. MINYAK HERBANEKA

Minyak ni wajib beli. Lepas bersalin terus sapu 1 badan. Dari atas sampai tapak kaki. Urut badan lepas besalin pon hampa boleh guna yang ni ja. Boleh jugak sapu dekat luka bersalin. Letak atas kapas dan dap dap kan dekat tempat luka besalin. Jangan takut-takut boleh ja sapu. Akan rasa berangin macam dok dalam aircond. Antara kebaikan yg lain:

-Legakan sakit bisa sendi, otot, tulang dan urat saraf
-cepat sembuhkan luka besalin
-menegangkan kulit menggeleber

9. PHYTONATAL DAN AKAR HERBANEKA

Phytonatal antara yang feveret jgak. Sebab boleh melawaskan. Tapi kalau amal phyto ni wajib amal dengan ayaq akar sekali ok. Phyto ni boleh amal lepas 3 hari bersalin normal dan 7 hari kalau czer. Kalau sembelit hari first makan 4 biji. Then dah ok boleh continue 2 biji saqi. Anak kuning pon boleh amal. Jangan risau. Sebab dia herba bukan jamu. Antara kebaikan yg lain:

-mengembalikan tubuh badan yg langsing, ramping dan kempis ke arah kesihatan dalaman dan luaran.
-mempercepatkan pengecutan rahim dan melancarkan pengeluaran darah nifas
-menurunkan berat badan yg gemok menggeleber

Akar Herbanika ni rendamkan uncang tu saja. Selalu  aku akan minum 2-3 liter. Air masak tak minum banyak lebihkan minum ayaq akar ni saja. Susu pon memancut2 jaa. Yg tak lalu tu boleh campoq dengan madu asli. Antara kebaikan yg lain:

-meringankan badan dan memecahkan lemak degil
-mengurangkan keletihan dan sakit2 sendi
-mengurangkan air berlebihan dlm badan
-melawaskan pembuangan air kecil

10. BENGKUNG

Bengkung berpantang paling best! Sebab dia panjang smpai ke bawah punggung hampa. Kalau hampa kosisten pakai siang malam memang boleh la dapat bentuk badan idaman. Bila pakai ikat ketat-ketat konfom ramping. La ni dah ada yang zip tepi tu. lagi mudah. Ni guna balik yang masa beli masa bersalin 2012 dulu. Time tu takdak lagi yang ada zip tepi.

11. PAD BERPANTANG

Selain dari beli pad untuk pakai masa pantang nanti, hampa boleh jugak try pants ni. Ni nama dia pampers untuk orang dewasa. Rupa bentuk dia sama ja mcm pampers pants yang budak punya tu. Yang beza dia ni versi dewasa. Kelebihan pakai pants ni sebabnya dia tak mudah bocor. Masa awai-awai mesti darah banyak kan. So kalau pakai pants ni konfom takkan bocor walau hampa berzumba sekali pon. Ni yang paling best dia tak kacau luka hampa. Kalau pakai pad kot hampa sereyau sipi2 pad tu mengganggu luka hampa. Pastu dok buas skit mula la nak bocor. Pakai pants ni relax ja. Selesa pulak tu. Btw, pants ni kisah jenama apa pon. Tapi kami pilih yang ni of coz sebab dia murah. Setelah dibelek2 tgk yg ni paling murah so ambik ja lah yg ni.

Sumber : Lyly Suraya Ishak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×