Pantang

Kena Pakai Stokin Atau Tidak Semasa Berpantang?

2.2K
SHARES

“Eh awak ni tengah berpantang, mana stokin? Kenapa tak pakai?”

Sudah menjadi lumrah ketika berpantang apabila si ibu mengandung perlu memakai sarung kaki. Namun, berbeza bagi ibu yang berpantang dalam zaman moden kini dimana mereka berpendapat bahawa tidak perlu sebenarnya memakai stokin untuk mengelakkan angin masuk ke dalam badan. Jom baca penjelasan pakar ini untuk kepastian.

“Pantang kan? stoking mana? Manaa?”

Biasakan dengar dialog mak-mak kita menegur ibu ibu dalam berpantang untuk memakai stoking setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang. Katanya, angin boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstoking. Betul ke?

Emmm, nak berstoking tu takda masalahnya. Tapi kena jaga-jaga stoking ni kadang2 licin tak pasal-pasal jatuh tersembam, satu hal pulak lagi. Sekadar nak pakai stoking masa tidur utk elakkan kedinginan malam, saya rasa bukan satu masalah besar. ‘Angin’ masuk melalui kaki orang berpantang tak pakai stoking tu saya rasa agak keterlaluan dan tiada kajian santifik yang menyokong kenyataan tersebut.

GUNA STOKIN KHAS LAGI BAGUS

Ni saya bagitahu, kalau nak berstoking skalipun, guna Ted stokin atau compression stoking lagi elok dari stoking biasa. Ted stoking ni agak ketat dan betul2 mengikut bentuk kaki – cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha. Dengan stoking yg ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.

Baca betul-betul, sy cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan. Stoking biasa yg dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja bole la pakai. Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja.

Ted Stoking ni pun licin, maka hati-hati bila berjalan. Jangan jatuh mcm nangka busuk dah. 

Sumber : Dr. Muhammad Izzat bin Abdul Razak  Pegawai perubatan, Kesihatan wanita & Kehamilan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×