DIY & Kraf

#ProjekMimpi: ‘Rumahku Syurgaku’- Suami ‘Renovate’ Sendiri Rumah Pertama Dari A-Z!

316
SHARES
renovate rumah

Setiap pasangan berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun, tidak semua dapat mencapainya pada awal perkahwinan. Hal ini sama seperti perkongsian seorang suami dikenali Mohd Fazli Chek Pee yang bertungkus-lumus renovate rumah demi isteri tercinta.

Kreatif dan cantik sungguh hasilnya. Jom tengok!

Baca juga: Tips Ikat Bata Merah Sendiri Untuk Tembok Rumah, Kemas & Cantik!

SUAMI RENOVATE RUMAH PERTAMA DARI A HINGGA Z

Ini kisah rumah sub-sale dan rumah pertama kami. Saya bukan tukang tapi saya suka bertukang. Izinkan saya kongsi kisah tukang sepanjang menyiapkan “RumahKu Syurgaku” ini. Setiap gambar ada cerita, setiap cerita ada kenangan.

Untuk pengetahuan semua. Rumah ini saya beli dapat package sekali dengan semua perabut, mesin basuh dan peti ais. Senang kata dapat seperti gambar. Semua perabut ni saya sedekah dekat jiran-jiran. Lebihnya saya buang.

Alhamdullilah setelah hampir 10 bulan menunggu, akhirnya kami dapat kunci rumah. Proses agak lambt sebab covid-19 baru muncul time nie. Berbekalkan duit deposit sebanyak RM27k, start buat renovation.

Renovate Rumah

Perkara pertama yang saya buat adalah renovate ruang dapur. Saya buat table top jenis concrete. Reason lebih tahan dari yang lain.

Siap pecahkan semua tiles dinding, saya buat new wiring utk dapur. 3 circuit baru dengan total 6 point SSO 13A. Reason tambahan kerana barangan dapur menggunakan kuasa elektrik yang tinggi.

Start lah episod sakit pinggang. Bancuh simen sesorang. Buat waktu cuti hari ahad. Nak upah org rasa macam tak cukup duit time ni.

Isteri yang tengok pun tak sampai hati bila suami buat kerja sesorang. Diajaknya anak-anak sekali datang tolong saya. Walaupun banyak main dari buat kerja, tapi kami happy. Orang kata buat sendiri mmg lambat siap. Inilah contohnya.

Sebelum pemasangan tiles yang baru, dinding perlu dilevel & permukaan perlu rata supaya proses pemasangan tiles nanti lebih mudah. Plaster ni saya menggunakan simen gam sika 88.

Owner lama pasang tiles dekat dinding ni. Tapi tiles dah crack. So saya buang semua tiles dekat dinding nia dan tinggalkan tiles yang cantik dekat sebelah kanan tu. Sebab masih elok .Tiles lantai untuk keseluruhan rumah pun saya hack buang.

Sementara saya buat kerja, isteri sentiasa menemani. Ni port khas untuk anak-anak lepak. Kejab baring, kejab berdiri, kejab mengadap dinding. Last sekali anak ajak balik.

Saya upah 2 orang skill workers bantu saya. Saya buat skimcoat 1 rumah. Pakai skill workers cepat sikit siap. Bila permukaan dinding dah siap & kering, saya terus apply cat. Warna kuning pilihan hati.

Renovate Rumah

Set dapur pun saya belikan yang baru. Bagi isteri semangat sikit nak memasak nanti. Brand Livinox set. Saya pasangkan dulu sebab nanti senang org kitchen cabinet nak datang ukur. Wiring point mmg dah plan dari awal, so nanti nampak lebih kemas. Taadaaaa.

Ruang laundry & pintu toilet

Renovate Rumah

Ruang tamu untuk rumah keluasan 820sqft

Renovate Rumah

Renovate Rumah

Alhamdulillah, cantik sangat…

Sumber: Facebook Mohd Fazli Chek Pee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×