DIY & Kraf

Cara Atasi Masalah Dinding Lembap & Mengelupas, Terus Jadi Dinding Baru!

91
SHARES

Masalah dinding rumah mengelupas dan rosak merupakan masalah utama sering kita hadapi. Lebih-lebih lagi jika dinding itu lembap kerana tempias air hujan dan sebagainya. Perkara ini sememangnya memeningkan kepala kerana sudah beratus wang habis tetapi tetap juga tidak berjaya.

Apa kata anda cuba jalan penyelesaian seperti perkongsian saudara Ezanee Kamaruddin yang turut mengalami situasi sama iaitu dinding lembab dan sering mengelupas. Menjadi tau! Rugi tak cuba. Jom tengok…

Baca juga: Patutlah Otak Lembab, Rupa-Rupanya Dinding Berkulat Puncanya…

CARA ATASI MASALAH DINDING LEMBAP & MENGELUPAS

Saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan Pentens Dr. Wall untuk repair dinding yang lembap disebabkan air yang menyerap dalam dinding. Sebelum ini saya pernah guna produk ini setahun yang lalu untuk repair dinding rumah saya yang rosak sebab lembapan. Produk ini agak berkesan dinding tersebut kekal kering.

Produk Pentens Dr. Wall ini saya beli online di Shopee – RM29.60 termasuk delivery. Dinding yang akan saya tunjukkan ini lembap disebabkan air tempias hujan dari luar rumah.

Boleh rujuk gambar dan video hasil kerja saya seorang DIY yang amateur. Tangan masih lagi keras untuk kerja-kerja skim. Mohon tunjuk ajar dari pakar-pakar dalam group ini untuk hasil kerja lebih kemas dan professional.

Notes: Cara terbaik utk repair masalah lembapan kena cari punca dari mana air tu & selesaikan punca tu dulu. Tapi produk ini sesuai kalau nak selesaikan utk beberapa thn & pocket friendly.

dinding

Updates: Ada yg comment lps apply product Dr Wall, apply satu layer Wall Sealer paint untuk lebih berkesan. Info yg manfaat boleh cuba.

Sumber: Facebook Ezanee Kamaruddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×