Sihat

Patutlah Otak Lembab, Rupa-Rupanya Dinding Berkulat Puncanya…

126
SHARES

Jika anda perasan di dinding rumah anda, pasti akan ada kawasan dinding yang kelihatan seperti bertompok dan berkulat bukan? Walaupun nampak seperti tiada apa-apa namun, dinding berkulat ini adalah pengundang kepada beberapa masalah kesihatan yang anda tidak sedar! Rupa-rupanya, dinding berkulat di dalam rumah ini adalah punca utama toksin.

Baca juga: Patutlah Selalu Batuk & Selesema, Rupanya Tompok Hitam Di Dinding Rumah Ini Puncanya!

Baca juga: Guna 3 Bahan Ini Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap, Menjadi!

BAHAYA KULAT DI DINDING, UNDANG KESAN BURUK PADA OTAK!

Kulat kat dinding ni bahaya. Bau pun bertukar kalau ada kulat di dinding. Ramai tak tahu kulat kat dinding rumah adalah toksid. Kulat macam ni bagi kesan buruk pada otak.

Tak boleh biarkan. Kena bersihkan dinding dari kulat. Kalau cuci dengan air dan sental sikit, tak kekal lama. Kulat akan naik semula. Kulat ni keluarkan gas toksid dan spora ke udara. Ia akan masuk ke tubuh melalui kulit dan udara. Bila masuk ia ganggu banyak organ terutama otak kita. Kulat atau mold ni boleh sebabkan:

1. Gangguan psikologi

2. Keletihan

3. Perubahan pada sentuhan dan sensasi rasa

4. Otot jadi lemah

5. Vertigo

6. Masalah pada koordinasi

7. Fikiran jadi lembab

8. Masalah bernafas

9. Isu pencernaan

Untuk hapuskan kulat dari dinding ada caranya. Apa kata guna salah satu cara natural ni:

1. Gunakan cuka. Masukkan cuka ke dalam bekas botol spray. Tak perlu tambah air. Cuka hanya ada 20% acetic acid. Kalau lebih nanti kurang acetic acid.

Spray kawasan kulat. Biarkan 1 jam. Lepas sejam boleh lap kawasan kulat dengan kain.

2. Guna Baking Soda. Masukkan satu 1/3 sudu besar ke dalam botol spray. Goncang hingga larut. Spray kawasan yang terkena kulat. Lap kawasan itu dengan kain bersih. Bilas tempat sama dengan air bersih.

Kemudian spray sekali lagi dengan air Baking Soda. Biarkan kering.

3. Air Lemon. Gunakan 3-5 lemon. Perah dan keluarkan jus lemon. Tanpa perlu tambah air spray kawasan yang terkena kulat.

Lap kawasan itu dengan kain yang dibasahkan. Boleh diulang sekiranya masih ada kesan kulat. Tidak perlu dibilas dengan air.

Mudah bukan. Jaga diri. Jaga otak. Cari yang alami atau natural.

Sumber: Dr. Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×