Nur

Nak Cepat Boleh Beli Rumah Sendiri? Amal Bacaan Doa Ini Agar Impian Tercapai

24
SHARES
DOA BELI RUMAH

Sekiranya anda berhasrat untuk memiliki rumah, terdapat beberapa doa beli rumah yang boleh dibaca bagi memudahkan urusan pembelian.

Ini merupakan antara salah satu usaha yang boleh dilakukan. Amalkan dan bacalah setiap hari. InsyaAllah dengan izinNya jalan untuk mendapatkan rumah impian lebih mudah.

Baca juga: Hukum Petik Bunga Di Kubur Orang Lain Untuk Letak Atas Kubur Ahli Keluarga Sendiri

SENARAI DOA BELI RUMAH ANDA BOLEH BACA

DOA BELI RUMAH

Terjumpa dalam laci, dah lama tak amal doa ini. Semoga bermanfaat untuk yang sedang mencari rumah. Rupanya ada doa spesifik untuk miliki rumah sendiri. Usaha, doa dan tawakal serah bulat-bulat kepadaNya. InsyaAllah Dia maha melihat keadaan hambaNya.

doa beli rumah

Allahhumma robbal bait. As aluka bijahi ahlil bait. An tuyassiro li khoiro bait. Hatta laa naquul yaa laiit.

Maksudnya: “Ya allah engkau pemilik baitullah. Aku memohon dengan wasilah ahlil bait Rasulallah agar engkau mudahkan untukku sebaik-baiknya rumah. Sehingga aku tidak terucap seandainya aku punya rumah.”

Selain itu, boleh juga baca beberapa doa di bawah:

– Surat Al Mu’minun ayat 29

وَقُلْ رَّبِّ اَنْزِلْنِيْ مُنْزَلًا مُّبٰرَكًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِيْنَ

Maksudanya: “Dan berdoalah, “Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.”

Allâhumma yâ man falaqal bahra li Mûsâ bin ‘Imrân, wa najjâ Yûnusa min bathnil hût, wa sayyaral fulka li man syâ’a, antal ‘âlimu bi ‘adadi qathril bihâri, wa dzarrâtir rimal. Yâ Khâliqa ashnâfi ‘ajâ’ibil makhlûqât. As’alukal kifâyah, yâ kâfiya man istakfâh, yâ Mujîba man da‘âh, yâ muqîla man rajâh. Antal kâfi, lâ kâfiya illa anta. Ikfinî syarra ma akhâfu wa ahdzar. Wamla’ manzilî hâdzâ khairan wa barakah. Washalli ‘ala nabiyyika wa rasûlika sayyidina Muhammadin wa âlihi wa shahbih wa sallim. (3X)

Maksudanya: “Ya Allah yang membelah lautan untuk Musa bin ‘Imran, dan menyelamatkan Yunus dari perut ikan besar, yang menjalankan perahu kepada siapapun yang dikehendaki. Engkau mengetahui jumlah tetesan air laut dan satuan-satuan kerikil. Wahai zat yang menciptakan beberapa macam keajaiban makhluk-makhluk. Aku memohon kepada-Mu kecukupan, wahai zat yang mencukupi hamba yang memintakan kecukupan kepada-Nya.”

Semoga bermafaat!

Baca juga: Hukum Melewatkan Solat Dengan Sengaja, Jangan Ambil Ringan

Sumber: Facebook Ummi Harraz Alisya & Kumparan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×