Percutian

Rumah Hobbit Malaysia Persis Filem Lord of The Ring, Tarikan Terbaru Pencinta ‘Nature’ Untuk Lari Kesibukan Kota!

12
SHARES
rumah hobbit

Bagi peminat filem Lord of the Rings, pastinya tidak asing buat anda melihat perkampungan orang kerdil atau pun dikenali juga sebagai rumah hobbit.

Kini, anda tidak perlu pergi jauh ke set pengambarannya yang terletak jauh di luar negara untuk merasai vibe tersebut. Hal ini kerana, ia telah dibangunkan di Pahang, Malaysia.

Baca juga: Terbongkar! ‘Hidden Gems’ Di Setiap 14 Negeri Yang Orang Ramai Belum Habis Teroka

RUMAH HOBBIT MALAYSIA DIHIASI ALAM SEMULA JADI

rumah hobbit

Gambar: Ain Qaiyimah

Persis rumah Hobbit di New Zealand, pastinya anda akan berasa teruja apabila berada di sana dan ditambah pula dengan suhu malam yang sejuk.

Jom ikuti pengalaman yang dikongsikan sendiri oleh Ain Qaiyimah ketika berada di Misty Mountain, Bentong, Pahang.

Baca juga: Bosanlah Asyik Teluk Kemang Je, Rupanya Ada Lagi 21 Pantai Cantik & Pasir Lembut Di Port Dickson!

Baca juga: Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!

Tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur

rumah hobbit Malaysia

Gambar: Ain Qaiyimah

Ini bukan di New Zealand, tapi ini dekat Pahang sahaja! Bolehlah feeling macam dekat perkampungan hobbit. Tak adalah jauh nak drive dari Kuala Lumpur.

Bilik bersih dan selesa kalau nak short trip.  Boleh plan aktiviti best macam melawat elephant sanctuary (1 jam dari sini), animal farm pun ada kambing, arnab dan itik.

Paling best, boleh hiking ke air terjun dan berkelah dengan makanan home-cooked. Boleh request ikut selera sendiri juga.

Baca juga: Masam Masam Manis: Percutian Bajet Pun Boleh Bahagiakan Keluarga, Ibu Kongsi ‘Plan’ Untuk Poket Marhaen!

Baca juga: Ambil Tahu Warna Pakaian Untuk Pasport & IC, Barulah Gambar Cun Tak Nampak Pelik!

Mesra alam semula jadi!

rumah hobbit Malaysia

Gambar: Ain Qaiyimah

Warga emas tak sesuai sebab nak naik ke Rumah Hobbit, kena mendaki setara tinggi dengan pokok durian!

Suhu malam 19 celsius sejuk, lagi sejuk kalau hujan. Tiada WiFi dan televisyen. Kita kembali ke alam semula jadi!

Sangat disyorkan tempat ini bagi sesiapa yang suka alam semula jadi dan nak lari dari kesibukan kota. Paling bestnya pemiliknya adalah Muslim. Tak sabarnya nak datang lagi!

  • Alamat: Misty Mountain, Kampung Chemperoh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.
rumah hobbit

Gambar: Ain Qaiyimah

Baca juga: Ipoh Di Tangga Ke-5 Tempat Terbaik Dilawati Di Asia Tahun 2025, Atasi Osaka Jepun!

Sumber: Ain Qaiyimah

FT Image: Ain Qaiyimah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×