Cantik

Guna Banyak Produk Tapi Masih Tak Berkesan? Nah, Cuba 5 Tips Alami Rambut Gugur Ini

26
SHARES
rambut gugur

Masalah rambut gugur tidak lagi asing terutama dalam kalangan wanita. Boleh jadi, ia punca para wanita stres terutama apabila mencuba pelbagai produk tetapi semuanya masih tidak berkesan. Sebenarnya banyak punca rambut gugur berlaku tetapi boleh dikatakan setiap wanita pernah mengalami masalah ini.

Untuk pengetahuan, ada je cara alami untuk atasi masalah rambut gugur daripada asyik membazir membeli produk yang tidak pasti keberkesanannya. Bukan sahaja membazir wang, malah tenaga anda turut dibuang begitu sahaja apabila asyik kerap mencuba produk. Jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips hentikan masalah rambut gugur.

Baca juga: 4 Tips Rambut Gugur Ketika Mengandung. Jangan Panik!

5 TIPS ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR

TIPS ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR #1. KELAPA & KUNING TELUR

rambut gugur

Tips ini khas untuk wanita yang mempunyai rambut nipis dan tidak bermaya. Kuning telur tinggi dengan kandungan vitamin yang boleh membaiki helai rambut rosak dan mencegah kerosakan yang lain.

Cara membuat masker ini ialah tambahkan satu kuning telur ke dalam mangkuk. Kemudian, tambahkan dua sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa padanya. Campurkan dengan betul dan sapukan masker anda pada rambut lembap.

Untuk mengelakkan pes daripada minitis, pakai topi mandi (shower cap). Biarkan ia selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air sejuk.

TIPS ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR #2. AMLA, SHIKAKAI & KELAPA

rambut gugur

Amla tinggi dengan kandungan antioksidan dan  vitamin C yang berupaya mengekalkan kulit kepala sihat dan meningkatkan pertumbuhan rambut. Di samping itu, serbuk shikakai boleh menguatkan akar rambut dari mudah patah.

Apabila dicampur dengan minyak rambut berasaskan kelapa, anda akan dapat masker yang boleh menyuburkan rambut dari dalam ke luar dengan baik.

Caranya adalah gaulkan kesemua dan biarkan adunan itu mendidih. Seterusnya, tapis dan biarkan seketika sehingga ia menjadi suam. Kemudian, anda sudah boleh mengurut masker ke rambut dan biarkannya semalaman. Akhir sekali, basuh dengan syampu biasa pada keesokan harinya.

3. COCO-LEMON

rambut gugur

Lemon memiliki kandungan yang tinggi dengan vitamin C, di mana ia mampu menolong dalam penghasilan kolagen. Kolagen seperti umum tahu, berfungsi meningkatkan pertumbuhan rambut.

Selain itu, sifat antikulat lemon bertindak menjaga kulit kepala supaya bersih dan membuka liang tersumbat, sangat membantu untuk wanita dengan rambut berminyak.

Cara membuat masker ini adalah tambah satu sudu minyak rambut berasaskan kelapa dan satu sudu jus lemon ke dalam mangkuk dan campurkan. Anda boleh sapukan campuran ini pada rambut kering dan biarkannya selama 15 minit. Akhir sekali, basuh rambut dengan syampu mengikut rutin biasa anda.

4. KELAPA & MADU

rambut gugur

Madu menolong mengekalkan kelembapan dan juga menambah kilauan pada rambut. Masker rambut ini paling mudah disediakan dan baik untuk kesihatan rambut.

Cara penyediaannya ialah tambahkan satu sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa yang dipanaskan dan satu sudu besar madu asli dalam mangkuk. Kacau rata sehingga terbentuknya suatu adunan.

Anda boleh menyapukan masker ini pada kulit kepala serta rambut dan kemudian biarkannya selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil terbaik, bilas bersih rambut dengan air suam.

5. KELAPA & PISANG

rambut gugur

Pisang membuatkan rambut jadi lembut, mengekalkan keanjalan semulajadi dan juga menghalang hujung bercabang dan pecah.

Caranya adalah mudah juga, masukkan setengah pisang dan satu sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa dalam pengisar dan kisar campuran ini hingga sebati.

Setelah terjadinya satu pes, masukkan ke dalam mangkuk dan anda boleh mengurut kulit kepala dengannya. Seterusnya, biarkan selama 20 minit sebelum rambut dibilas menggunakan syampu biasa.

Cuba 5 tips alami di atas, barang pun senang dapatkan di pasaran! Lepas ini, tiada lagi rungutan daripada para wanita mengenai rambut gugur mereka yang seperti tiada pengakhirannya. Duit pun jimat, paling penting rambut kekal sihat. Apa lagi? Selamat Mencuba!

Sumber: Mstar

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×