Asuh

Dua Pusar Tanda Anak Banyak ‘Akal’, Tunggu Dulu Kalau Nak Cakap, Ketahui Fakta & Mitos Ini Dahulu

54
SHARES
pusar kepala

Siapa sangka kewujudan pusar kepala juga mempunyai mitosnya tersendiri yang pernah diungkapkan orang dulu yang mungkin sebagai gurauan. Lantas, ia terus terbawa-bawa sehingga kini dan menjadi satu kepercayaan orang ramai.

Mempunyai 2 pusar kepala bermakna anak nakal manakala, mempunyai lebih 2 pusar suami akan bermadu. Anda rasa, ia mitos atau fakta? Justeru itu, mari lihat penjelasan lanjut mengenai pusar kepala seperti di bawah.

Baca juga: Tak Sangka Berlebihan Memuji Anak Boleh Beri Kesan Negatif, Tapi Kenapa Ya?

PUSAR KEPALA

pusar kepala

Gambar: Dua arah pusar kepala.

JIKA ANAK ADA DUA PUSAR

Anak-anak mommy ada 2 pusar? Mesti akan ada makcik-makcik bawang kata anak kita nakal dan keras kepala kan? Itu semua mitos! kerana yang sebetulnya…

1. INFO FAKTA PUSAR KEPALA

  • Pusar rambut tumbuh mengikut pattern arah jam atau lawan arah jam membulat dengan titik pusat kelihatan ditengah-tengahnya.
  • Pusar ini terjadi kepada manusia atau haiwan yang berbulu, di atas badan dan di kepala sejak kita dalam kandungan ibu lagi.
  • Anak mempunyai pusar rambut satu, dua atau lebih mengikut genetik. Dan TIADA ada kaitan langsung menentukan tabiat atau perangai anak nakal, keras kepala, baik, bijak dan lain-lain.
  • Bilangan pusar di kepala lebih sukar kelihatan pada wanita yang rambut panjang atau kerinting.

2. JIKA ANAK ADA 2 PUSAR KEPALA

  • Anak 2 pusar atau lebih, bukanlah anak yang nakal. Tetapi mempunyai tenaga yang ekstra.
  • Anak itu mempunyai banyak idea.
  • Anak yang paling bijak.
  • Dalam kalangan anak yang banyak sangat akal.

3. DOKTOR SANGKAL MITOS PUSAR KEPALA

pusar kepala

Oleh tu doktor nasihatkan:

  • Jika anak memiliki 2 pusar di kepala, janganlah anda risau. Mereka tak akan jadi degil dan tak dengar cakap anda kelak. 
  • Jika suami memiliki 2, 3, atau 4 pusar di kepala, janganlah puan risau. Mereka tak akan bermadu 2,3 atau 4. Itu mungkin jodoh, hidung belang, miang keladi, buaya darat atau rezeki atau jodoh dia. Tahu tak anda orang yang ada satu pusar pun, tapi bini 2,3 atau 4. Macam mana?
  • Jika isteri ada 2 pusar di kepala, mungkin jodoh tak panjang, cerai talak atau cerai mati. Kalau macam ini, suaminya umur pendek lah? Lagi karut-marut, tak masuk akal langsung.
  • Jika tiada pusar, botak lah tu?

Semuanya, mitos belaka. Gurauan orang dulu-dulu dengan bilangan pusar di kepala, terbawa-bawa ke zaman kita. Paling penting didik anak jadi baik, bijak dan terbaik. Jadi anak beriman dan berjaya. Aamiin.

Sumber: Facebook Cahaya Mata

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×