Famili

Had Umur 16 Hingga 35 Tahun Kena Pergi PLKN 3.0, Alamak! Merisaukan….

6
SHARES
PLKN 3.O

Baru-baru ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan melaporkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) yang sudah dimansuhkan pada tahun 2018 akan disambung semula.

Jelasnya, ia akan membabitkan golongan belia berusia antara 16 hingga 35 tahun dan mempunyai dua fasa. Fasa 1 membabitkan pelajar tingkatan empat manakala Fasa 2 pelajar lepasan SPM

Baca juga: Aktifkan Kunci Keselamatan Pintu Kereta Untuk Elak Perkara Tak Diingini Berlaku, Bahaya!

PELAKSANAAN PLKN 3.0 BUAT RAMAI ORANG RISAU?

plkn 2023

Sumber: Kosmo Digital

Pengumuman tersebut sudah tentunya menjadi bualan hangat dan menerima pelbagai reaksi warganet apabila membaca mengenai pembabitan had usia.

Rata-rata risau jika dipanggil kerana golongan umur 30-an difahamkan sibuk dengal hal keluarga, kerja dan lain-lain.

Selain itu, netizen juga terhibur melihat dan membaca luahan pengguna media sosial yang lain. Lebih menghiburkan kerana katanya umur 30 tahun ke atas dah tak larat nak berkawad? Alamak!

Pengumuman itu juga menjadi teka-teki untuk warga maya yang tertanya-tanya adakah akan diberikan pengecualian atau sebaliknya? Risau pula kalau suami pergi, tinggalkan si isteri lama-lama.

Jadi macam mana? Anda semua dah bersedia ke nak pergi jika dipanggil menyertai PLKN 3.0? Penulis pun risau juga kalau kena pergi. Nampak gayanya kena bawa banyak stok ubat ni. Hmmmm…

Baca juga: Wow! Tak Sangka Ada 15 Tempat Menarik Di Tumpat Kelantan, Wajib Anda Kunjungi

Sumber: Google & Twitter

Kredit imej: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×