Famili

PLKN 3.0 Dengan Format Baharu Dijangka Bermula Pertengahan Tahun Depan

14
SHARES
PLKN 3.0

Program Latihan Khidmat Negara PLKN 3.0 dicadangkan bermula sekitar pertengahan tahun depan. Ini akan membabitkan fasa pra PLKN di peringkat sekolah terlebih dahulu.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, fasa pra PLKN melibatkan pelajar Tingkatan 4 dijangka bermula pada Jun dan Julai tahun depan.

Baca juga: Jangan Guna Taktik Ambil Tempat Duduk Orang Lain Dalam Masjid & Terus Solat Sunat

PLKN 3.0 DIJANGKA BERMULA PERTENGAHAN TAHUN DEPAN

PLKN 3.0

Ia akan dilaksanakan di sekolah ketika ko-kurikulum, modal GenMadani KPM. Ini bertujuan sebagai persiapan untuk menjalani khidmat negara selepas usia 17 tahun.

Bagi fasa PLKN asas pula, dijangka akan dilaksanakan April 2026 di mana melibatkan remaja 17 tahun ke atas. PLKN 3.0 ini akan diadakan selama 45 hari.

PLKN 3.0 akan dilaksanakan di 13 kem Askar Wataniah, 20 universiti awam dan beberapa politeknik terpilih.

Projek rintis akan bermula pada Jun dan Julai 2025, yang melibatkan dua kem wataniah dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 peserta.

Beliau turut memberitahu bahawa kerajaan bersetuju dengan penerapan konsep dan format baharu.

“Fasa latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus. Latihan tersebut bersifat intensif, lapangan serta praktikal,” jelasnya.

Bagi modul asas kenegaraan yang dibangunkan oleh KPM, ia mengandungi modul kenegaraan elemen jati diri, modul kenegaraan elemen cinta negara dan modul kenegaraan elemen perpaduan.

Modul asas ketenteraan pula dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman, latihan berkumpulan dan latihan kehidupan tentera seperti disiplin, ketepatan masa serta mandiri.

“Fasa peringkat latihan lanjutan memang kita ada bincang sama ada kita perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN. Saya percaya memang sangat positif dan Insya-Allah akan dimuktamadkan,” ujarnya.

Baca juga: Cikgu Boleh Ajar Teknik PASAK Untuk Karangan Jenis Ulasan, Ringkas & Mudah!

Sumber: BH Online & BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×