Famili

Cikgu Boleh Ajar Teknik PASAK Untuk Karangan Jenis Ulasan, Ringkas & Mudah!

4
SHARES
KARANGAN ULASAN

Menulis karangan ulasan agak sukar bagi murid sekiranya tidak menguasai teknik yang betul. Menerusi perkongsian Cikgu Ilham Yusuf di laman Facebooknya, terdapat beberapa teknik mudah boleh diajar oleh guru.

Kaedah tersebut pasti disukai oleh murid kerana lebih mudah faham dan ringkas untuk digunakan ketika membuat karangan ulasan. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Baju Bau Busuk & Kepam Terus Wangi Bila Sembur Ini, Tak Payah Basuh Semula!

KARANGAN ULASAN LEBIH MUDAH JIKA GUNA TEKNIK INI

KARANGAN ULASAN

Murid susah menulis karangan jenis ulasan dan tidak pandai mengembangkan isi ulasan?

Boleh cuba cara ini. Sebelum ini, murid saya pun mengalami situasi yang sama. Tapi selepas cuba cara ini, ia berkesan dan sedikit banyak memudahkan mereka.

Teknik PASAK adalah untuk memudahkan murid membina rangka ulasan. 2T pula untuk ingatkan mereka bahawa isi ulasan perlu ada isi tersurat dan tersirat. Manakala SUKA pula untuk kembangkan isi tersirat itu.

Kita mulakan dengan teknik PASAK yang membawa maksud:

P – Pendahaluan …
A – Antara ….
S – Selain itu, seterusnya, selepas itu …
A – Akhirnya …
K – Kesimpulannya …

Contoh teknik PASAK:

P – Pada 31 Ogos, negara kita akan menyambut bulan kemederkaan. Pelbagai aktiviti diadakan sempena Bulan Kemerdekaan.

A – Antara aktiviti yang diadakan adalah ….

S – Selain itu, aktiviti mengibarkan jalur gemilang turut diadakan …. Seterusnya pertandingan …. Selepas itu, aktiviti ….

A – Akhirnya, pameran tentang tokoh-tokoh ….

K – Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menyambut Bulan Kemerdekaan dengan penuh rasa cinta akan negara.

Bahagian isi pula, murid boleh menggunakan teknik 2T iaitu:

  • Tersurat
  • Tersirat*

Contoh: Seterusnya, aktiviti mengibarkan jalur gemilang diadakan untuk *menyemarakkan semangat rakyat cintakan negara.

Bagi mengembangkan isi pula, anda boleh menggunakan kaedah SUKA iaitu:

  • Supaya
  • Untuk
  • Kerana
  • Agar

Contoh

Supaya: …. pameran tentang tokoh-tokoh diadakan supaya dapat mengenang jasa perjuangan mereka.

Untuk: mengibarkan jalur gemilang diadakan untuk menyemarakkan semangat rakyat cintakan negara.

Jadi, teknik yang dikongsikan diatas diharapkan dapat membantu cikgu-cikgu di luar sana mengajar anak murid dengan cara baharu dan mudah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangkitan Kuman Paru-Paru & Boleh Bawa Maut Jika Terdedah Najis Burung Merpati

Sumber: Facebook Ilham Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×