Dapur

Cara Pilih Buat Durian Isi Kuning & Masak Elok, Barulah Puas Makan!

2
SHARES
BUAH DURIAN

Buah durian sudah tentunya kegemaran ramai kerana memiliki rasa yang unik. Bagi anda yang ingin membeli buah ini, pastikan tahu beberapa perkara penting agar tidak ditipu oleh peniaga.

Tips pilih buah durian yang penulis kongsikan di bawah diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu anda. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Petik Buah Cili Kena Guna Teknik Betul, Kalau Salah Cepat Mati & Busuk!

BUAH DURIAN KENA PANDAI PILIH, BARU ISI SEDAP

BUAH DURIAN

1. Jangan beli ketika musim hujan

Bila musim hujan, biasanya akan berangan dan buah durian mula gugur ke tanah walaupun belum masak sepenuhnya. Penjual akan menjual buah dalam keadaan tersebut demi mendapatkan keuntungan.

2. Pilih durian ada belah 5

Cara pilih buah durian agar isi sedap dan banyak adalah dengan memastikan bahagian bawah buah ada 5 belah. Jangan pilih yang 6 belah ya.

3. Duri besar dan pendek

Bagi mengelakkan anda ditipu oleh penjual, pastikan pilih buah durian yang mempunyai duri besar, pendek dan jarang-jarang. Hal ini kerana isinya lebih manis berlemak dan sedap.

Jadi, elakkan beli durian yang memiliki duri panjang dan rapat-rapat. Ingat ya!

4. Hidu bau

Langkah seterusnya boleh dicuba ketika ingin membeli buah durian adalah dengan menghidu bau buah tersebut. Sekiranya aromonya kuat, isi pasti manis.

5. Tidak berbunyi bila goncang

Cara pilih buah durian yang seterusnya adalah dengan cuba mengoncangkannya. Sekiranya ada bunyi getaran, itu menandakan isi sudah terlebih masak dan kering.

Jika ingin isi durian yang lembik dan lembut bila dimakan, pastikan bila digoncang tidak ada sebarang bunyi boleh didengari. Barulah isi sedap!

6. Tangkai durian

Tangkai buah durian yang sudah kering dan kecut sudah tentunya itu merupakan petanda bahawa isinya sudah terlalu lama. Jadi, jika inginkan durian isi lembut dan sedap, pilih tangkai pendek dan tebal yang masih belum kering.

7. Pilih yang lebih ringan

Kebiasannya setiap kali membeli buah durian pasti anda memilih saiz yang lebih berat kerana beranggapan isi di dalamnya banyak.

Sebenarnya, lebih baik memilih buah ringan berbanding berat jika memiliki saiz yang sama. Hal ini kerana berat yang ringan, bijinya lebih kecil.

8. Ambil yang berbentuk bulat

Akhir sekali, cara pilih buah durian adalah dengan melihat bentuknya. Pilih bentuk bulat kerana memiliki jumlah isi lebih banyak berbanding durian berbentuk lonjong.

Semoga bermanfaat buat anda pencinta durian!

Baca juga: Petani Thailand Kongsi Rahsia Pokok Berbuah Lebat, Rupanya Kena Guna Bahan Ini!

Sumber: Liputan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×