Famili

Bukan Fobia Tak Ada Duit, Tapi 7 Sebab Ini Buat Isteri Takut Berhenti Kerja

1.3K
SHARES
isteri berhenti kerja

“Susah-susah you berhenti kerja jelah. Bukannya kita tak cukup duit pun. I kan ada, I boleh tanggung you dan anak-anak…”

Dalam Islam, isteri memang tidak diwajibkan untuk bekerja, tetapi mereka juga tidak dilarang bekerja asalkan pekerjaannya tidak bertentangan dengan syarak dan mendapat izin suami. Namun, ada masanya sesebuah keluarga diuji dengan hal tertentu sehingga menjadikannya mustahil untuk kedua-dua pasangan bekerja.

Sekalipun keluarga itu mampu dan mungkin juga mewah, realitinya tidaklah mudah untuk mengharapkan isteri berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Jauh di sudut hati mereka, bukan faktor wang semata-mata yang menjadi ketakutan si isteri apabila diminta meletak jawatan, tetapi ada banyak sebab lagi yang membuatkan mereka berfikir panjang.

Bukan Fobia Tak Ada Duit, Tapi Ini 7 Sebab Isteri Takut Berhenti Kerja

Berikut adalah antara sebab yang menghalang isteri berhenti kerja.

1. Minat Mendalam Terhadap Karier

Setelah belajar bertahun-tahun di kolej atau universiti dan menimba pengalaman sana sini, tentulah terasa ‘sayang’ untuk melepaskan karier yang diidam-idamkan selama ini.

Malah, sebahagian besar wanita telahpun jatuh cinta terhadap karier mereka walaupun kerja tersebut amat mencabar. Bagi mereka, segala kesusahan, komitmen, dan halangan inilah yang meningkatkan lagi pengetahuan serta potensi mereka dalam bidang tersebut. Disuruh minta cuti pun mereka tak mahu, apatah lagi nak minta berhenti.

Foto Kredit: islamiclife.com

Foto Kredit: islamiclife.com

2. Takut Menjadi Beban Kepada Suami

Apabila isteri tidak lagi menjana pendapatan, mereka bergantung sepenuhnya kepada suami. Perubahan ini menjadikan isteri kekok dan malu untuk meminta walaupun itu haknya.

Mereka takut untuk menuntut sesuatu di luar kemampuan suaminya. Rasa bersalah asyik menyelubungi diri walaupun apa yang diperlukan adalah mustahak dan untuk kesihatan diri. Dalam hati, seboleh-bolehnya mereka tidak mahu menyusahkan suami.

isteri berhenti kerja

Foto Kredit : justbetweenus.org

3. Risau Tak Dihargai

Tugas menguruskan rumah seringkali dipandang remeh oleh segelintir pihak yang tidak pernah memahami. Kalau tak percaya, cubalah duduk dengan anak kecil selama 1 hari tanpa keluar rumah dan tanpa bantuan sesiapa. Tentu anda akan mengakui bahawa ianya lebih daripada sekadar rutin yang mudah. Nak makan pun tak sempat!

Lebih menyedihkan sekiranya apabila suami balik dari pejabat, tiada pelukan yang dirasa, tiada senyuman yang diterima, dan langsung tiada bantuan yang ditawarkan. Seolah-olah semua kerja di rumah mereka yang punya.

kerja-rumah-isteri-suami

Foto Kredit: tin8.co

4. Tiada Ruang Peribadi

Memang seronok meluangkan masa dengan anak-anak di rumah. Tapi, apa perasaannya jika kita berada dengan mereka sepanjang masa tanpa ada ruang peribadi? Apabila tidak lagi bekerja, tiada lagi ruang untuk berkarya, bersosial, dan sempitlah sudah masa untuk ‘me time’ walaupun dalam kereta. Malah, surirumah seolah-olah ‘on-call’ 24 jam.

Bagi seseorang yang cintakan karier terutamanya, pekerjaan bukan saja memberi ruang untuk seseorang mempraktikkan kebolehan mereka, tetapi sebenarnya ia juga satu ‘terapi’ yang dapat mengalihkan perhatian kita daripada fikiran negatif yang ingin dijauhi.

Foto Kredit: greencleanphoenix.com

Foto Kredit: greencleanphoenix.com

5. Bimbang Tidak Dapat Menguruskan Rumah Dengan Baik

Kerja rumah seperti memasak, mengemas, dan menguruskan anak amat sinonim dengan wanita. Tetapi, bukan semua wanita mahir melakukan semua tugas ini. Bagi yang pertama kali bergelar ibu, tugas ini mungkin menjadikan mereka kekok dan tak menang tangan.

Oleh itu, jika cara pengurusan mereka selalu dikritik, tentu isteri lebih fobia untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.

isteri berhenti kerja

Foto Kredit: alfa-img.com

6. Tertekan Dengan Pandangan Orang Lain

Zaman telah berubah. Kini, isteri yang tidak bekerja mungkin dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang tidak independent walaupun sebenarnya tidak. Keputusan isteri berhenti kerja juga ada kalanya tidak disenangi oleh keluarga mereka sendiri mahupun keluarga mertua.

Khuatir terhadap tanggapan keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, dan rakan-rakan, alasan inilah yang menjadikan begitu sukar membuat keputusan untuk isteri berhenti kerja.

pengalaman bersalin caesar

Foto Kredit: malibuvist.com

7. Tidak Yakin Diri

Selain tidak menjana pendapatan keluarga, apabila isteri berhenti kerja, lingkungan sosial mereka akan menjadi terhad. Begitu juga dengan hasil kerja mereka. Oleh itu, mereka menganggap tiada apa lagi yang boleh dibanggakan apabila ‘terperuk’ di rumah. Tiada khabar lagi yang boleh diceritakan bersama keluarga, dan tiada perkembangan yang berlaku dalam diri mereka.

Dalam hal ini, bakal surirumah perlu bijak merancang jadual mereka agar turut mendapat sedikit waktu untuk diri sendiri. Isilah waktu tersebut dengan mengasah hobi, menghadiri kelas, atau mengikuti seminar. Kalau tidak mampu menghadirkan diri secara fizikal, dah banyak peluang untuk menyertainya secara online. Sedikit sebanyak, ia dapat membantu mengingatkan diri terhadap kebolehan yang dimiliki.

kerja dari rumah

Foto Kredit: radiomontecarlo.net

Pertimbangkan Keputusan Bersama

Ternyata, keputusan untuk menjadi surirumah bukanlah keputusan yang mudah buat sang isteri. Maka, bertolak-ansurlah sesama pasangan kerana banyak perubahan yang akan berlaku selepas ini. Jangan takut berkurangnya rezeki kerana ia telah dijamin oleh Allah untuk semua mahkluk di bumi.

Buat suami, murah hatilah pada isterimu yang telah melepaskan kerjaya demi memenuhi keperluan rumah tangga. Jika anda sering memberi hadiah dan berbelanja untuk keluarga dan sahabatmu, ingatlah juga isteri yang setia di sampingmu. Penghargaan dari suami walaupun ucapan ‘terima kasih’ pun sudah cukup bererti dan akan menambah rasa cintanya padamu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×