Sihat

Pasangan ‘Pembawa’ Talasemia Boleh Dapat Bayi Sihat Dengan Kaedah Ini, Power Perubatan Sekarang!

20
SHARES
pembawa Talasemia

Ramai dalam kalangan pembawa Talasemia mempunyai dilema untuk berkahwin dengan pasangannya yang juga pembawa penyakit ini, oleh kerana khuatir akan keadaan zuriat yang bakal dilahirkan. Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat satu kaedah perubatan yang membolehkan kedua-dua pasangan ini memperoleh bayi yang normal.

Melalui perkongsian ilmu perubatan dari Pakar Reproduktif & Onkofertiliti, Assc. Prof. Dr. Mohd Faizal Bin Ahmad, kaedah ini dinamakan sebagai Preimplantation Genetic Testing for Monogenic Diseases (PGT-M). Mari teruskan pembacaan anda untuk ketahui perkongsian menarik ini dengan lebih mendalam.

Baca juga: Ini 5 Risiko Tahan Kencing, Nak Elak Masalah Kesihatan Baik Jangan Kerap Buat & Lepaskan~

PEMBAWA TALASEMIA

pembawa Talasemia

APAKAH ITU PGT-M IVF?

Ia merupakan kaedah bagi membolehkan pasangan yang mempunyai penyakit “single gene disorder” mendapatkan cahaya mata yang normal sebagai contoh thalassemia. Di Malaysia, PGT-M telah bertapak hampir 10 tahun dan telah banyak membantu menghasilkan cahaya mata normal bagi pasangan thalassemia. 

pembawa Talasemia

Sekiranya, anda dan bakal pasangan didapati mempunyai gen thalasemia – “carrier”, risiko untuk mendapat anak yang mempunyai thalasemia major adalah 1/4. Manakala, 2/4 adalah carrier dan 1/4 adalah normal. Justeru, walaupun hanya 1/4 tetapi kesan jangka panjang sangatlah memeritkan.

KAEDAH IVF PGT-M UNTUK MEMPEROLEH BAYI NORMAL

Justeru, kaedah IVF PGT-M boleh dilakukan untuk mendapatkan bayi normal. Kaedah ini merupakan “extension” dari IVF biasa di mana embrio yang terhasil akan dianalisa melalui kaedah – NEXT GENE SEQUENCING “NGS” bagi mengenal pasti embrio yang sihat bagi tujuan kehamilan.

pembawa Talasemia

Setelah itu, embrio yang sihat ini boleh diguna pakai dan dimasukan ke dalam rahim bagi memastikan kehamilan terjadi. Alhamdullilah di Malaysia, kaedah ini telah pun ada dan banyak membantu pasangan “thalasemia carrier” untuk mendapatkan cahaya mata yang sihat.

Diharapkan semoga pasangan thalasemia carrier di luar sana mendapatkan nasihat pakar reproduktif mengenai IVF-PGT-M! Pasukan saya tengah melakukan “revision” penambah baikan CPG Thal 2024 Malaysia bagi memastikan PGT-M disyorkan kepada pasangan ini.

Sumber: Twitter faizal_obgyn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×