Asuh

Anak Gadis Dah Mula Tumbuh Payudara, 7 Perkara Ini Kena Cakap Pada Dia!

30
SHARES
payudara anak dara

Salah satu perubahan normal yang akan berlaku pada tubuh anak dara adalah payudaranya tumbuh membesar. Payudara anak dara merupakan sebahagian aset yang sensitif dan penting untuk dilindungi oleh diri mereka sendiri.

Berikut merupakan 7 perkara ibu bapa perlu beritahu kepada anak dara, sewaktu payudara mereka sudah mulai membesar.

Baca juga: Ingat! Bila Anak Kecil Sakit Tekak Jangan Dibiar, Risau Dijangkiti Penyakit Ini

PAYUDARA ANAK DARA MEMBESAR

payudara anak dara

Gambar: Icatnews – Shutterstock

1. Sentiasa bersihkan payudara

Ketika mandi, pastikan payudara dibersihkan dengan teliti bagi mengelakkan celahan lipatannya berdaki dan puting tersumbat dengan kotoran. Menurut Alo Dokter, rawatan puting payudara secara umumnya cukup sederhana dan tidak memerlukan pembersihan yang khusus.

Langkahnya seperti berikut:

  • Jaga kebersihan diri
  • Usap puting secara perlahan dengan air dan sabun saat mandi
  • Bilas dengan kapas dan air suam
  • Hindari pengggunaan sabun antiseptik kerana ia dapat menyebabkan kulit kering

2. Amalkan pemakanan sihat

Dirujuk dari laman Halo Doc, kesihatan payudara dapat disokong dengan mengambil makanan yang sihat. Makanan yang sihat juga salah satu faktor untuk mencegah kanser payudara. Antara makanan tersebut adalah:

  • Bijirin penuh
  • Brokoli
  • Biji rami
  • Kunyit
  • Ikan
  • Beri
  • Anggur
  • Kacang soya

Jadi, ajarkan anak dara anda untuk mula ambil makanan ini setelah payudara mula tumbuh.

Baca juga: Ada 3 Cara Jadikan SIRAH NABI Sebagai Halwa Telinga Anak Kecil, Buat Macam INi!

3. Sentiasa pakai coli (bra)

Anak dara yang sudah tumbuh payudara, pastinya kawasan badan di bahagian dada mereka akan menonjol. Jadi, belikan coli atau baju dalam perempuan untuk mengampu buah dada mereka agar tidak bergoyang sebelum memakan lapisan pakaian lain.

4. Tempat tidur dipisahkan

Sebaiknya, pisahkan tempat tidur antara anak perempuan dan anak lelaki seawal usia muda. Selain itu, pisahkan juga tempat tidur anak dengan ibu bapanya agar mereka mempunyai privasi sendiri.

Privasi amat penting pada setiap individu, lagi-lagi anak dara yang sedang mengalami perubahan pada fikikalnya agar dia dapat melihat tubuhnya dengan lebih jelas sendirian. Malah, tindakan ini sekali gus, dapat menjauhkan dari berlakunya perbuatan sumbang mahram.

5. Tidak berpakaian seksi

Salah satu perkara penting perlu diajar kepada anak dara anda adalah jangan menjadikan berpakaian seksi sebagai satu kebiasaan. Dari kecil lagi perlu mengajarkan mereka sifat malu untuk tidak menayangkan tubuh badan di khalayak termasuk ahli keluarga sendiri.

Contohnya, larang anak dara anda memakai coli atau singlet sahaja dan berseluar pendek di rumah.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 6 Tips ‘Potty Training’ Seawal 2 Tahun, Bantu Anak Bebas Lampin Pakai Buang!

6. Jangan tidur memakai coli sahaja

Beritahu anak dara anda, jangan tidur memakai coli dan seluar dalam sahaja. Biasakan tidur dengan berpakaian lengkap yang menutup. Sekiranya bilik tidur tidak berasa sejuk, boleh memilih jenis pakaian yang tidak tebal dan sejuk.

7. Bercakap mengenai pendidikan seks

Mula bercakap dengan anak dara tentang pendidikan seks terutamanya tentang perubahan tubuh yang mereka bakal alami. Hal ini supaya dia faham bahawa payudara membesar adalah perkara biasa.

Selain itu, anda juga perlu mengajar anak betapa berharganya tubuh mereka. Jadi, jangan sewenangnya membiarkan tubuh mereka disentuh oleh orang lain biarpun ahli keluarga sendiri.

Baca juga: Ambil 3 Pendekatan Ini Buat Keluarga Yang Hadapi Dilema Anak Ramai, Baru Harmoni!

Sumber: Ala Dokter / HaloDoc

FT Image: tirachardz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×