Nur

Tarikh & Niat Puasa Sunat Hari Asyura 2023, Jom Rebut PAHALA Ini

40
SHARES
NIAT PUASA HARI ASYURA

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan Muharram adalah puasa sunat 10 Muharram atau dikenali Puasa Asyura. Berikut penulis kongsikan niat puasa Hari Asyura dan kelebihan berpuasa pada bulan ini.

Besar ganjarannya dan jangan lepaskan peluang ini. Ikuti perkongsian lengkap di bawah.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Tunai ‘Haji VIP’, Pastikan Tidak Ditipu & Pilih Pakej Dengan Betul

NIAT PUASA HARI ASYURA 10 MUHARRAM (KHAMIS)

NIAT PUASA HARI ASYURA

Hari Asyura merupakan hari di mana Allah menganugerahkan kemenangan buat Nabi Musa. Rasulullah SAW melihat kaum Yahudi meraikan kejayaan Nabi Musa tersebut lalu Baginda bersabda:

فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ، فَصَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Maksudnya: “Aku lebih layak dengan Nabi Musa berbanding dengan kamu, lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan para sahabat agar berpuasa.” (HR al-Bukhari)

Selain itu, Rasulullah SAW turut membimbing para sahabat agar berpuasa sehari sebelum hari Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan daripada amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang Yahudi. Sabda Rasulullah:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: “Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” (HR Ahmad)

Bagi tahun 2023, Hari Tasu’a adalah pada 9 Muharram (27 Julai Khamis) dan Hari Asyura pada 10 Muharram (28 Julai Jumaat)

– Niat Puasa Hari Tasu’a (9 Muharram)

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُوعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnata Lillahita’ala

Maksudnya: “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala.” 

– Niat Puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram)

نَوَيْتُ صَوْم عَاشُورَاء سُنَّة لله تَعَالى

Nawaitu Sauma ‘Asyura Sunnata Lillahita’ala

Maksudnya: “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala.”

KELEBIHAN PUASA ASYURA

NIAT PUASA HARI ASYURA

Berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: “Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.” Riwayat Ibn Majah (1738)

Sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma pula berkata:

قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ‏”‏ مَا هَذَا ‏”‏‏.‏ قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى‏.‏ قَالَ ‏”‏ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ ‏”‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Maksudnya: “Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.” Riwayat al-Bukhari (2004)

Jadi, rebutlah peluang untuk berpuasa pada hari yang disunatkan dan semoga amalan kita diterima.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustazah Asma’ Harun Kongsi Himpunan Doa Untuk Bina Syurga Dalam Rumah Tangga

Sumber: Facebook Dr Ahmad Sanusi & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×