Sebelum ini, satu rakaman live video berdurasi 29 saat tular memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah terbabit sambil memegang plastik di tangan kirinya, telah ditampar seorang lelaki secara tiba-tiba di khalayak ramai.
Sejurus itu, polis telah menahan lelaki berusia 50-an itu di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan jam 10 pagi Sabtu.
Baca juga: 7 Sebab Ramai Pilih Kahwin Lari Di Thailand, No. 5 Paling Tak Sangka Sanggup Ambil Risiko!
LIVE VIDEO SUAMI TAMPAR ISTERI, POLIS DEDAH PUNCA!

Gambar Berita Harian: Rakaman video ‘live’ berdurasi 29 saat tular memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah terbabit sambil memegang plastik di tangan kirinya.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Berang lambat keluar selepas membeli makanan dipercayai punca suspek menampar isterinya dalam satu video tular di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, di sini, baru-baru ini.
“Suspek dibenarkan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Telok Datok bermula hari ini (semalam), suspek dipercayai tidur di dalam kereta selama menghilangkan diri.
“Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa yang juga isteri suspek lambat keluar daripada pusat beli-belah terbabit selepas membeli nasi ayam,” katanya dalam kenyataan Ahad semalam.
Baca juga: Suami Mengadu Kena Mengemis Nak Bersama “Itu Pun Masih Tak Dapat!”, Ini Nasihat Untuk Isteri
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Sebelum ini media melaporkan tindakan seorang lelaki menampar isterinya membawa padah selepas tindakannya itu secara tidak sengaja dirakam dalam satu video ‘live’ di media sosial.
Norhizam dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video berkenaan.
Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!
Sumber: Berita Harian
FT Image: Berita Harian