Sihat

Pucuk Ubi Kayu Banyak Khasiat, Pekena Dengan Nasi & Sambal Belacan, Baru Padu!

49
SHARES
khasiat pucuk ubi

Pucuk ubi atau nama saintifiknya Manihot esculenta kebiasaannya dijadikan ulaman oleh kebanyakan orang. Sayur ini dimakan di negara-negara Asia seperti Filipina, Indonesia dan Malaysia. Ramai yang gemar menyajikan hidangan menggunakan sayuran hijau ini. Tapi tahukah anda ada banyak khasiat pucuk ubi kepada badan?

Pucuk ubi mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan seseorang. Justeru itu, adalah satu kerugian buat sesiapa yang tidak makan sayuran hijau ini. Bukan sahaja ia dapat disediakan dalam pelbagai jenis masakan, malah turut memberi kebaikan jika dimakan. Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai khasiat pucuk ubi ini!

Baca juga: Ingat Pelengkap Dalam Masakan Je, Rupanya Ada Banyak Khasiat Brokoli Kepada Tubuh Badan Anda!

5 KHASIAT PUCUK UBI YANG TAK RAMAI TAHU

1. RENDAH LEMAK

khasiat pucuk ubi

Untuk yang ingin mendapatkan berat badan ideal, pucuk ubi adalah sayuran yang mengandungi peratus lemak yang rendah. Justeru itu, sesuai untuk diamalkan ketika diet kerana daun pucuk ubi sangat rendah kalorinya.

2. SUMBER KALSIUM

Pucuk ubi mempunyai sumber kalsium yang tinggi. Ini kerana 100 gram pucuk ubi boleh membekalkan kira-kira 21% kalsium yang individu dewasa perlukan setiap hari.

Untuk pengetahuan anda, kalsium merupakan mineral yang paling banyak disimpan dalam tulang dan gigi. Malah, mineral inilah yang menyokong kekuatan struktur tulang dan gigi anda. Justeru itu, pucuk ubi bagus untuk kesihatan tulang.

3. KAYA VITAMIN A DAN C

khasiat pucuk ubi

Kandungan vitamin A yang tinggi dalam pucuk ubi mampu menyumbang kepada kesihatan mata yang baik. Ini kerana vitamin A berfungsi mengekalkan kornea mata yang jernih. Selain itu, vitamin A merupakan antara satu komponen rodopsin, protein di dalam yang membenarkan seseorang melihat dalam keadaan yang kurang cahaya.

Bukan itu sahaja, pucuk ubi juga memiliki kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini boleh menyumbang kepada kesihatan kulit yang sihat. Kalau nak tahu, vitamin C penting dalam penghasilan kolagen. Malah, vitamin C juga bertindak melambatkan penuaan kulit punca daripada sinaran UV atau pencemaran.

Jadi kalau inginkan kesihatan mata yang baik dan kulit yang sihat, pucuk ubi boleh bantu anda!

4. KUATKAN SISTEM IMUN

Kalau nak tahu, pengambilan pucuk ubi juga bermanfaat untuk badan kerana ia berupaya menguatkan sistem imun seseorang. Sebenarnya, vitamin C yang telah menyumbang khasiat ini. Ini kerana vitamin C boleh menyokong pelbagai fungsi sel-sel sistem imun.

5. RAWAT DEMAM

khasiat pucuk ubi

Kajian moden telah membuktikan pucuk ubi boleh membantu merawat demam. Ini kerana ada satu kajian terhadap haiwan mengenai khasiat pucuk ubi mendapati pengambilan ekstrak daun ubi terbukti menurunkan suhu badan yang setanding dengan kesan yang ditampilkan oleh ubat paracetamol.

Jadi kalau nak jimat lepas ini, tak perlu beli ubat, hanya perlu makan pucuk ubi ini!

Kesimpulannya, pucuk ubi adalah sayuran yang mempunyai pelbagai kandungan nutrien yang tinggi seperti vitamin A dan C. Oleh itu, anda boleh mula masukkan pucuk ubi dalam pemakanan harian supaya dapat merasai khasiatnya pada tubuh badan.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia & Jiwa Sihat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×