Famili

Ingat Pelengkap Dalam Masakan Je, Rupanya Ada Banyak Khasiat Brokoli Kepada Tubuh Badan Anda!

8
SHARES
khasiat brokoli

Adakah anda kerap menggunakan brokoli dalam masakan? Jika ya, tahniah! Anda sebenarnya sedang menambah khasiat dalam tubuh badan. Banyak khasiat brokoli yang tak pernah kita tahu sebenarnya.

Bukan setakat dalam masakan, sayur hijau ini juga boleh dimakan secara mentah. Sangat senang untuk diambil demi kesihatan tubuh badan yang baik! Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai khasiat brokoli yang tak ramai jangkakan ini.

Baca juga: Bukan Sekadar Sayuran Di Dalam Masakan, Ini Khasiat Bayam Yang Tak Pernah Anda Jangka!

10 KHASIAT BROKOLI KEPADA TUBUH BADAN

1. Mengurangkan rintangan insulin

khasiat brokoli

Punca utama penyakit kencing manis adalah tingginya paras gula di dalam darah . Ini disebabkan oleh rintangan insulin yang mengakibatkan glukosa tidak dapat dibawa ke dalam sel untuk menghasilkan tenaga.

Kajian membuktikan bahawa pengambilan serbuk sprout brokoli kepada penghidap diabetes adalah ia mengurangkan rintangan insulin selepas 4 minggu.

2. Meningkatkan kesihatan jantung

Brokoli adalah sayuran hijau yang kaya dengan sulforaphane. Komponen ini dapat dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk mendapat serangan jantung dan juga kanser.

3. Melambatkan proses penyusutan kognitif

Kajian mendapati bahawa pengambilan satu sajian sehari untuk sayur-sayuran yang tinggi dengan vitamin K, lutein, B karotin, nitrat, folat dan kaempferol (salah satu kandungan di dalam brokoli) dapat melambatkan proses penyusutan kognitif.

4. Mengurangkan inflamasi 

Kajian telah dijalankan ke atas perokok laki dengan motif untuk mengkaji kesan brokoli ke atas tanda inflamasi. Hasil kajian itu menunjukkan bahawa pengambilan brokoli dapat menurunkan paras CRP perokok.

5. Mengurangkan rasa lapar

khasiat brokoli

Berita baik untuk yang ingin diet! Sayur brokoli ini kaya dengan kandungan sumber serat. Untuk pengetahuan anda, sifat serat adalah melambatkan proses pengosongan perut.

Ini bermakna brokoli dapat melambatkan dan mengurangkan rasa lapar kerana perut dipenuhi untuk tempoh masa yang agak lama. Jadi yang ingin kurus dengan mengurangkan kuantiti pemakanan, cubala makan sayur hijau ini!

6. Mengurangkan paras kolesterol tidak baik

Antara contoh kolesterol tidak baik adalah LDL dan trigliserida. Anda akan mempunyai banyak komplikasi kesihatan jika paras kolesterol meningkat.

Satu kajian telah dilakukan ke atas pesakit diabetes terhadap kesan pengambilan serbuk sprout brokoli. Hasilnya, paras trigliserida mereka turun selepas 4 minggu mengambil serbuk sprout brokoli sebanyak 10 g sehari. Hebat kan?

7. Mengelakkan kekurangan zat besi

Brokoli mempunyai sumber vitamin C yang tinggi. Untuk pengetahuan anda, vitamin C adalah sejenis mikronutrisi yang diperlukan demi meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan.

Oleh itu, pengambilan brokoli berupaya untuk mengoptimumkan penyerapan zat besi di dalam badan.

8. Mencegah sembelit

khasiat brokoli

Seperti yang anda tahu, brokoli adalah sayuran hijau yang kaya dengan serat. Serat pulak merupakan satu aspek yang penting untuk mencegah sembelit. Ini kerana serat dapat merangsang proses pergerakan najis atau peristalsis dalam usus dan sekaligus mencegah sembelit.

Jadi, kalau ada rasa sembelit, cuba makan brokoli!

9. Meningkatkan sistem imunisasi

Brokoli kaya dengan vitamin C. Vitamin C pula berperanan meningkatkan sistem imunisasi tubuh  seseorang kerana ia menggalakkan penghasilan sel darah putih yang melindungi badan dari serangan dan jangkitan.

10. Mengawal paras gula darah

Serat yang tinggi dalam sayuran hijau ini berupaya untuk mengelakkan kenaikan gula secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan itu secara sederhana.

Maka, amat disarankan untuk penghidap kencing manis menambah sumber serat di dalam pemakanan harian mereka dengan mengambil brokoli.

Kesimpulannya, memang banyak khasiat brokoli untuk kesihatan tubuh badan seseorang. Bagi yang tidak pernah merasa atau makan sayuran hijau ini, mula amalkannya demi kebaikan anda. Semoga melalui pemakanan harian kita, badan akan menjadi lebih sihat.

Sumber: Root of Science

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×