Sihat

Kolesterol Tinggi: Kesan, Bahaya & Tips Kekalkan Bacaan Kolesterol Normal

15
SHARES

Berapakah bacaan kolesterol normal? Dan berapakah bacaan kolesterol tinggi?

Seperti kandungan gula dan tekanan darah, paras kolesterol juga perlu dikekalkan pada tahap optimum.

Sekiranya paras kolesterol didapati tinggi, ia boleh membuatkan seseorang berisiko untuk menghidap penyakit seperti strok dan sakit jantung.

Tahukah anda apakah itu kolesterol dan bagaimana cara membaca kadar kolesterol seseorang?

Jom kita teliti lebih lanjut melalui artikel ini.

Apakah Itu Kolesterol?

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati dan berfungsi untuk membawa lemak ke seluruh bahagian badan yang memerlukannya sebagai tenaga.

Selain itu, kolesterol juga memainkan peranan dalam membekalkan vitamin D, serta membantu dalam menghasilkan hormon seperti kortisol dan hormon seksual.

Kolesterol juga boleh diambil menerusi makanan seperti mentega, kuning telur dan daging.

2 Kategori Utama Kolesterol

Terdapat beberapa kategori kolesterol utama antaranya ialah Low Density Lipoprotein atau LDL.

Ia juga dikenali sebagai kolesterol jahat kerana kadar LDL yang tinggi boleh menyebabkan salur darah tersumbat.

High Density Lipoprotein atau HDL pula lebih dikenali sebagai kolesterol baik yang membantu memindahkan lebihan kolesterol semula ke hati untuk dilupuskan.

bacaan kolesterol normal tinggi

 

Panduan membaca Kadar Kolesterol Normal / Tinggi 

Sekiranya seseorang mengamalkan diet berkolesterol tinggi, ia berisiko untuk menghidapi penyakit seperti salur darah mengecil (artherosclerosis) atau serangan jantung.

Oleh itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilaksanakan bagi mengelakkan masalah kolesterol tinggi dalam badan.

Biasanya sampel darah akan diambil bagi mengukur paras kolesterol dengan terperinci.

Panduan membaca kadar kolesterol adalah seperti di bawah :

Bacaan Normal

Risiko Awal

Risiko Sederhana (borderline)

Risiko Tinggi

< 170 mg/dl

200 mg/dl

200-239 mg/dl

240 mg/dl

 

kolesterol normal tinggi

Untuk bacaan yang lebih terperinci, juga boleh merujuk kepada paras bacaan kolesterol tinggi / normal seperti di bawah:

cara baca kadar kolesterol normal tinggi

(Sumber: MyHealth MyLife)

Bahaya Kolesterol Tinggi Yang Tidak Dikawal

Kolesterol tinggi adalah penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun.

Kini, ianya menyebabkan 2.6 juta kematian di seluruh dunia.4 Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah 47.7% (9.6 juta).

Yang lebih menakutkan, kolesterol tinggi biasanya tidak mempunyai simptom-simptom tetapi ia meningkatkan risiko anda mengalami serangan jantung dan strok.

Ini kerana paras tinggi kolesterol LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko arteroskelrosis, iaitu pemendapan plak-plak bahan berlemak di dalam dinding arteri.

Arterosklerosis yang berlaku di dalam jantung akan menyebabkan serangan jantung, manakala, arterosklerosis yang berlaku di dalam otak boleh menyebabkan strok.

Sila rujuk gambar rajah di bawah:

bacaan kolesterol normal tinggi

Cara Turunkan Kadar Kolesterol Tinggi

1. Amalkan Pemakanan Sihat

Seperti yang kita tahu, pemakanan yang tidak sihat juga boleh mengakibatkan paras kolesterol meningkat.

Elakkan makanan tinggi kolesterol jahat seperti makanan segera dan makanan bergoreng serta lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pengambilan serat seperti oat juga mampu mengurangkan kadar kolesterol sehingga 10 ke 25 %.

Makanan yang mengandungi lemak sihat seperti kekacang, ikan, dan minyak zaitun juga amat baik untuk diamalkan bagi mengurangkan kadar kolesterol.

2. Kekal Aktif dengan Senaman

Kadar kolesterol juga dapat dikurangkan dengan gaya hidup yang sihat.

Aktiviti beriadah terbukti mampu mengurangkan paras kolesterol serta mengurangkan risiko penyakit lain.

Bagi yang menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi atau lemah jantung, dapatkan saranan doktor bagi mengetahui jenis senaman yang bersesuaian dengan anda.

3. Atasi Masalah Stres

Stres ialah sesuatu yang sukar dielakkan tidak kiralah di tempat kerja mahupun di rumah.

Stres juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada kadar kolesterol tinggi dalam badan kerana ia boleh mempengaruhi paras hormon dan tekanan darah.

Jadi, pengurusan stres adalah amat penting bukan sahaja bagi kesihatan mental, malah untuk kesihatan fizikal seseorang.

Antara kaedah pengurusan stres yang boleh diamalkan ialah senaman ringan seperti berjalan atau regangan badan.

Stres juga dapat dielakkan dengan berehat sejenak dan jauhi minda daripada berfikir perkara yang boleh menyebabkan anda cemas atau bercelaru.

4. Berdisiplin dalam Pengambilan Ubat

Selain pengamalan gaya hidup dan diet sihat, doktor mungkin akan memberikan ubat kawalan kolesterol bergantung kepada tahap kesihatan anda.

Antara ubat yang biasa diberikan bagi menguruskan kolesterol ialah statins, fibrates dan niacin yang bertindak untuk mengimbangi paras kolesterol dalam darah.

Walaupun kolesterol memainkan peranan yang penting dalam badan, ia juga boleh mendatangkan penyakit jika tidak dikawal dengan baik.

makanan turunkan kolesterol tinggi

Contoh makanan yang boleh diambil dan perlu dielakkan

(Sumber: Bahagian Pemakanan KKM)

makanan kolesterol tinggi

Ayuh, Amalkan Gaya Hidup Sihat!

Oleh itu, gabungan gaya hidup sihat dengan tabiat pemakanan yang berkhasiat, senaman berkala dan pengurusan stres yang baik adalah penting bagi mengurangkan paras kolesterol.

Dengan badan dan minda yang sihat, anda mampu mengelak masalah kolesterol tinggi serta risiko penyakit lain seperti penyakit jantung dan obesiti.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×