Deko & Hias

Petua Simpan Ulam & Sayur Tahan Lama, Elok 4 Minggu!

23
SHARES

Sebenarnya ada cara yang betul untuk menyimpan ulam dan sayur yang dibeli agar ia kekal segar dan tahan lebih lama. Bukan apa, setiap ulam dan sayur ada jenisnya dan cara simpanan yang tersendiri. Barulah ia tidak mudah rosak sekaligus mengelakkan pembaziran.

Sememangnya terdapat pelbagai cara atau petua yang bagus untuk simpan sayur dan ulaman untuk sentiasa kekal segar dan tahan lebih lama di dalam peti sejuk. Jom baca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Baca juga: Cara Buat Spray Serbaguna Guna 3 Bahan Sahaja, Boleh Halau Semut & Bagi Rumah Wangi!

Saya nak share tips dan cara saya simpan ulam dan dedaunan kehijaun untuk tahan lama. Amat berguna untuk suri yang malas nak ulang pergi kedai macam saya. Tambah pulak kalau jenis kirim daun sup daun bawang kat suami dia beli banyak macam nak buat kenduri, berguna sangat lah tak membazir. Untuk yang stay kat rumah tak ada tanah nak bercucuk tanam pun elok sangat lah boleh guna cara ini, kita bertani dalam peti ais sahaja.

1. Daun kari

Dah 2 minggu masih fresh.

Cara simpan: Tak payah basuh terus letak dalam bekas kering dan tutup rapat. Letak tempat beku. Nak guna nanti baru basuh. Boleh guna kaedah sama untuk simpan duan limau purut.

2. Daun bawang dan serai

Nampak segar kehijauan kan. Masih segak bergaya walaupun dah dekat 4 minggu.

Cara simpan: Letak air dalam bekas paras akar simpan peti sejuk. Kena rajin tukar air. Pastu trim hujung daun yang layu. Trim takat yang layu sahaja macam dalam gambar. Kaedah sama juga kalau nak simpan duan sup.

3. Petai

Dah banyak hari tapi masih handsome fresh dan rapuh biji petai.

Cara simpan: Simpan terus tempat beku dengan kulit tak payah kopek biji. Kalau kopek ambil biji simpan beku nanti lembik. Tak percaya buat lah.

4. Pelam dan ulam ulaman

Masa ini pelam ini dah dekat 3 minggu, tapi masih fresh dan rapuh macam baru petik dari pokok! Sama juga dengan pucuk pegaga itu mak bagi bekal dari kampung daun masih elok tak layu.

Cara simpan: Rendam dalam air, selepas itu letak peti sejuk. Kalau pelam yang dah masak pun sama juga, beli banyak-banyak tak habis makan boleh simpan cara sama tak mahu bagi buruk. Rekod saya simpan 2 bulan masih elok.

5. Bungan kantan

Jiran bagi bunga kantan dah seminggu. Elok molek dia mekar dalam peti. Hari-hari buka tutup peti ais belum mari seru nak buat laksa ikan temenung. Elok sahaja siap kembang lagi.

Cara simpan: Letak dalam bekas isi air paras batang. Simpan peti sejuk.

6. Kangkung

Cara simpan: Letak dalam bekas isi air paras akar sampai batang sikit. Rajin-rajin tukar air 3 hari sekali. Nanti kalau ada daun kuning macam dalam gambar kutip lah buang.

Lagi kita petik lagi naik pucuk muda bercambah. Seronok tak payah tanah nak tanam kangkung. Guna jug sahaja yang ini tak payah letak peti ais, letak luar sahaja.

Sumber: Facebook Areini Hezry 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×