Sihat

5 Jenis Benjolan Payudara, Ada Petanda Kanser & Ada Yang Tidak, WAJIB Tahu!

8
SHARES
ketulan payudara

Ketulan payudara adalah jisim yang berkembang di dalam payudara anda. Walaupun ketulan payudara boleh menjadi tanda anda mengalami kanser payudara, namun selalunya ia tidak berkaitan dengan kanser. Hal ini kerana, menurut laporan,  8 daripada 10 ketulan payudara adalah bukan kanser. Tapi apa maksudnya?

Berikut merupakan antara 5 maksud dan jenis ketulan payudara yang anda alami. Ada yang tidak memerlukan sebarang bantuan rawatan dan ada juga perlu mendapatkan rawatan dengan segera!

Baca juga: Orang Cakap Saiz Payudara Besar Barulah Susu Badan Banyak, Betul Atau Mitos?

5 JENIS KETULAN PAYUDARA YANG ANDA KENA PEKA

ketulan payudara

1. Kista Payudara

Kista adalah kantung yang tumbuh pada tisu sekitar sendi atau tendon. Ia merupakan benjolan berbentuk bulan dan juga boleh berbentuk lonjong. Kista ini berisi cairan serta tumbuh dalam jaringan payudara serta tidak mengandungi sel kanser. Bahkan, ia bersifat jinak dan tidak membiakkan sel negatif dalam badan, namun perlu juga dipantau jika semakin membesar.

2.Perubahan Fibrokistik

Ternyata, setiap wanita akan mempunyai kitaran hormon yang berbeza setiap bulan. Namun, apabila mencapai usia 40 dan ke atas, wanita berpotensi memiliki masalah fibrosis. Walaupun gejala serta benjolan di payudara ini jarang dirasakan, namun ada beberapa tanda yang anda boleh perhatikan supaya anda peka. Tandanya:

-Ngilu.

-Payudara bengkak dan ada benjolan di payudara.

-Payudara padat, atau menegang ketika disentuh.

-Payudara biasanya terlihat lebih besar dan berisi.

-Puting payudara mengeluarkan cairan merah atau gelap, coklat atau kehijauan.

3. Fibroadenoma

Fibroadenoma payudara adalah tumor yang tidak menyakitkan, unilateral dan jinak yang muncul sebagai ketulan pepejal. Ia biasanya berlaku pada wanita berumur antara 14 hingga 35 tahun. Biasanya FAM adalah salah satu jenis tumor jinak yang ada di payudara.

Fibroadenoma sendiri memiliki jenisnya sendiri-sendiri iaitu :

-Simple Fibroadenoma
-Complex Fibroadenoma
-Juvenile Fibroadenoma
-Giant Fibroadenoma
-Phyllodes Tumor

4. Kanser payudara

Menurut kajian Clinical Breast Cancer, kanser payudara adalah kanser yang berkembang di area sel payudara dama terbentuk di lobulus.Lobulus adalah kelenjar yang menghasilkan susu, dan duktus adalah jalur yang membawa susu dari kelenjar ke puting.

Menurut Melansir Centers for Disease Control and Prevention (CDC), bagi wanita yang menghidap kanser payudara, terdapat besar kebarangkalian anda akan selamat dan sembuh dan tidak melibatkan kehilangan nyawa. Bahkan, kadar kematian akibat kanser payudara juga sudah menurun. Tetapi, ada beberapa tanda yang anda kena peka bila lihat payudara sendiri:

-Perubahan bentuk puting.
-Ngilu pada payudara yang tidak hilang setelah haid.
-Benjolan baru yang tidak hilang setelah menstruasi.
-Keluarnya cecair dari salah satu puting yang merah, coklat, atau kuning.
-Kemerahan seperti bengkak, iritasi kulit, gatal, atau ruam pada payudara.
-Bengkak atau benjolan di sekitar ketiak atau bawah lengan.

5.Lipoma

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang biasa dengar perkataan lipoma kan? Lipoma adalah sejenis benjolan yang terbentuk dari jaringan lemak dan dapat terjadi di mana saja di bahagian tubuh, termasuk di payudara.

Namun, lipoma sangat jarang terbentuk di kawasan payudara, dan biasanya tidak bersifat seperti kanser dan mengancam nyawa. Bukan itu sahaja, benjolan lipoma juga bergerak dengan mudah apabila disentuh. Saiz benjolan lipoma pula adalah dari sebesar kacang sehingga sebesar ukuran bola golf.

ketulan payudara

Adakah ketulan ini akan hilang dengan sendirinya?

Kadang-kadang, ketulan itu akan hilang dengan sendirinya. Orang yang usianya lebih muda mungkin mengalami ketulan apabila kitaran haid sahaja dan ketulan itu akan hilang pada penghujung kitaran. Walaubagaimanapun, sentiasa maklumkan kepada pakar kesihatan anda tentang sebarang ketulan yang dialami. Doktor anda boleh mengetahui apa yang menyebabkan ketulan dan menentukan sama ada ia memerlukan pemeriksaan atau rawatan lanjut.

*Kalau ada waktu-waktu ‘free’ boleh periksa juga bahagian payudara anda tersebut. Mana tahu kalau ada ketulan-ketulan misteri kan?

Sumber: Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×