Asuh

TERAPI BERKUDA Beri 7 Impak Positif Pada Kanak-Kanak Istimewa!

2
SHARES
kanak-kanak istimewa

Penggunaan kuda sebagai haiwan tunggangan untuk terapi kanak-kanak istimewa, sudah banyak diamalkan dan terbukti berkesan di seluruh dunia seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, New Zealand dan Singapura.

Terapi berkuda merupakan kaedah dan teknik yang dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak ini. Di mana, pakar juga bersetuju latihan menunggang kuda dapat membantu membina kekuatan kaki walaupun lumpuh.

Baca juga: Wanita Rangkul Anak Kecil Pakai Tiub Naik Motor, Buat Ramai Sebak!

KANAK-KANAK ISTIMEWA

kanak-kanak istimewa

Gambar: Harsha Autism Centre

Melalui petikan berita Harian Metro, terdapat satu organisasi di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk orang kurang upaya (OKU). Organisasi tersebut adalah The Riding for the Disabled Association (RDA) Malaysia yang telah bertapak sejak tahun 1989.

Kemudian, ia mula dijalankan oleh ahli terapi pekerjaan yang berkelayakan dan membabitkan pelbagai aktiviti. Antaranya mengenali kuda dan pembelajaran menunggang haiwan tersebut.

Berikut merupakan 7 kesan positif buat anak berkeperluan khas yang boleh diperoleh daripada terapi berkuda, menurut Ketua Jurulatih Terapi Berkuda RDA Malaysia, Muthusamy Kandasamy.

Baca juga: Kadar Murid Tahun 5 Di Malaysia Boleh Membaca Adalah 88% Bukan 58 – Pakar

1. Memperbaiki pemprosesan saraf dan deria dalam otak

Menunggang kuda dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan pemprosesan deria seperti autisme dan Gangguan Perhatian Defisit Hiperaktif Gangguan (ADHD).

Aktiviti ini terbukti mampu membantu memperbaiki pemprosesan saraf dan deria dalam otak.

2. Perkembangan kognitif dan bahasa

Selain itu, terapi menunggang kuda juga didapati memberi manfaat kepada perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme serta masalah intelek.

3. Meningkatkan beberapa kemahiran sosial

Kesan aktiviti menunggang kuda terhadap sosial turut dikaji dan didapati dapat membantu meningkatkan beberapa aspek kemahiran sosial.

Baca juga: Anak Sulung Luah Rasa Terabai Atas Lukisan, Ibu Luluh Hati Menangis!

4. Mengasah kemampuan mendengar arahan dan melaksanakannya

Aktiviti regangan tangan dan bahu ketika di atas kuda, merupakan antara aktiviti yang biasa dibuat setiap kali sesi terapi berkuda bagi penunggang OKU.

Ia bertujuan mengasah kemampuan penunggang mendengar arahan dengan baik dan seterusnya dapat melaksanakan arahan yang diberikan.

5. Membina keyakinan diri

Aktiviti asas yang selalu diamalkan ketika menunggang kuda dibuat untuk menggalakkan penunggang berinteraksi dengan ‘side walker’. Side walker merupakan alat sokongan ketika menunggang kuda.

Di mana, pada masa yang sama dapat membina keyakinan diri dan memberikan kerjasama.

6. Beri peluang pembelajaran kepada pergerakan berjalan

Bagi anak yang mengalami ketidakupayaan fizikal (OKU fizikal), aktiviti menunggang kuda dapat memberi simulasi pergerakan pelvis dan anggota bawah yang serupa dengan aktiviti berjalan.

Ini akan memberi peluang pembelajaran kepada pergerakan berjalan lebih baik untuk anak yang tidak mampu berjalan sendiri.

7. Belajar menyeimbangkan badan

Terdapat aktiviti menunggang kuda dalam bentuk zigzag yang akan dapat membantu penunggang untuk belajar menyeimbangkan badan.

Daripada segi saintifiknya pula, aktiviti kuda berjalan ketika anak sedang menunggangnya akan dapat merangsang sistem deria vestibular bagi integrasi sensori di otak bagi penunggang itu.

Baca juga: Patutlah Ramai ‘Influencer’, Sifat No. 7 Termasuk 9 Personaliti Anak BULAN MEI!

Sumber: Harian Metro

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×