Dapur

Juadah Raya Wajib Ada Ini, Tapi Ada 5 Jenis Lemang Yang Ramai Tak Tahu WUJUD!

21
SHARES
jenis lemang

Lemang merupakan satu juadah wajib raya bagi semua orang. Malah kita jarang nak jumpa orang yang tak suka atau tak makan lemang. Aidilfitri memang tak lengkap tanpa hidangan ini. Menariknya pasal juadah raya ini adalah sebenarnya banyak jenis lemang yang mungkin anda pun tak pernah dengari.

Ini kerana jenis lemang yang tak pernah anda dengari ini kini semakin jarang dijumpai di mana-mana rumah. Namun, kalau anda jumpa, kira untung badanlah dapat merasai lemang yang unik itu. Jom ikuti perkongsian penulis mengenai jenis lemang yang jarang dijumpai pada zaman sekarang!

Baca juga: [VIDEO] Cara Anyam Ketupat Palas Versi Pantai Timur & Utara Bersama 2 Resepi Ketupat!

5 JENIS LEMANG YANG SEDAP-SEDAP BELAKA

1. Lemang pulut hitam

jenis lemang

Selalu makan lemang kosong je kan? Kalini cuba lemang pulut hitam ini pula! Unik kan, biasa kita dengar bubur pulut hitam tapi kali ini ia datang dalam bentuk lemang pula! Untuk pengetahuan anda, resipi lemang pulut hitam ini sama je dengan lemang biasa, tapi yang membezakannya adalah jenis beras pulut hitam yang digunakan untuk juadah ini.

Warna lemang akan menjadi hitam apabila dimasak. Namun, rasanya tidaklah begitu banyak beza dengan lemang biasa. Penulis sendiri pun pernah rasa lemang ni! Memang sedap dan unik habis.

2. Lemang jagung

jenis lemang

Seperti lemang pulut hitam, lemang jagung juga menggunakan bahan yang sama seperti lemang biasa. Namun begitu, ada perbezaan dari segi rasanya kerana saat jagung ditambah, ia secara tidak langsung menambahkan rasa manis di dalam hidangan itu.

Disebabkan oleh beras pulut yang bercampur dengan jagung, warna dan tekstur lemang ini juga akan kelihatan sedikit berbeza. Anda juga boleh menggantikan jagung dengan apa-apa bahan lain yang disukai.

3. Lemang tepung

jenis lemang

Pasti terkejutkan dengar lemang tepung? Macam betul ke wujud lemang jenis ini? Untuk pengetahuan anda, lemang tepung sebenarnya merupakan makanan tradisi orang Perak. Ianya seperti bengkang atau bingka namun cara pembuatannya adalah hampir sama dengan lemang pulut yang menggunakan buluh. Hanya bahan pembuatannya sahaja yang lain.

Disebabkan lemang tepung senang basi maka ia tidak boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak kerana ketidaktahanannya. Kalau tahun ini beraya di Perak, cuba cari di mana-mana rumah, pasti jumpa! Unik sangat lemang jenis ini, jarang dijumpai.

4. Lemang periuk kera

jenis lemang

Kalau sebut je lemang, pasti anda akan terfikir bahan pembuatannya adalah pulut, santan, dan buluh. Namun, apabila disebut lemang periuk kera, semestinya ramai yang berasa hairan dan tertanya-tanya rupa bentuk lemang itu!

Menariknya lemang periuk kera berbanding lemang biasa adalah rasanya yang sangat sedap! Bahagian dalam lemang ini ada sedikit rasa manis dan lemak. Apa yang membezakannya dengan lemang buluh adalah ia seakan-akan dimasak sempurna dan mempunyai rasa yang sekata kerana faktor saiz pokoknya. Menarik kan fakta ini?!

5. Lemang durian

jenis lemang

Ok, jenis lemang kali ini memang kena sangat dengan tekak si penggemar durian. Resipi lemang ini telah diolah khas untuk penggemar durian! Namun begitu, lemang durian ini tidak dapat permintaan yang tinggi kerana ia tidak boleh tahan lama.

Di samping itu, harganya juga sedikit tinggi berbanding jenis lemang yang lain kerana anda sendiri tahu bahawa isi durian itu sendiri mahal. Tapi apa yang pasti, sekali merasa lemang ini, pasti nak lagi lepas ni!

Unik kan 5 jenis lemang ini. Ada yang tak pernah dengar nama pun tapi melihat dari gambar, rasanya seperti sedap. Jika terjumpa di mana-mana lima jenis lemang ini, memang rezeki anda dapat mencuba juadah raya yang  ‘limited edition’ ini!

Sumber: Maskulin

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×