Dapur

Resepi Turun Temurun Kuih Cecemek, Kuih Tradisi Orang Perak Bentuk Bunga Durian

61
SHARES

Pernah dengar mengenai kuih cecemek? Kuih cecemek merupakan kuih yang mempunyai bentuk sama seperti bunga durian dan dimasak bersama santan. Bagi masyarakat di Perak, antara makanan tradisi tidak lekang dek zaman sudah tentunya kuih cecemek.

Kuih cecemek mempunyai rasa yang cukup enak dan selagi makan pasti nak lagi! Nak tahu resepi turun temurun kuih cecemek? Ikuti perkongsian resepi daripada Nonie Khairul di laman Facebooknya.

Baca juga: Resepi Crunchy Cornflakes Chip Simple, Mesti ‘Laku Keras’ Raya Nanti!

RESEPI TURUN TEMURUN KUIH CECEMEK, KUIH TRADISI ORANG PERAK

kuih cecemek

Kuih Cecemek. Kuih tradisi Pasir Salak, Kg Gajah Perak. Kuih ni kalau nak tau memang selalu muncul bila time bulan puasa. Selain cecemek, kuih ni kitaorang panggil kuih lempeng basah. Cecemek tu maksudnya bunga durian.

Kalau korang tengok bentuk dia macam bunga durian kan. Tak percaya boleh Google ya. Dalam tengah tu kita letak gula putih. Sekali pandang cecemek lebih kurang macam badak berendam kan cuma beza intinya kelapa.

Bila buat ni teringat pula masa kecik kecik dulu. Selalu tolong arwah Onyang buat. Tapi masa tu kitaorang buat letak dalam temalung (sampan macam limas), tapi sebab Nonie tak reti nak buat temalung.

Jadi, nak senang buat macam ni sahaja macam biasa.  Kali terakhir buat masa sekolah rendah, lepas Onyang meninggal terus tak buat dah. Jadi jenuh juga nak recall balik step dia.

Bahan-bahan untuk kuih: 

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras/ tepung gandum
  • gula secukupnya
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa

*Campurkan ke semua bahan dan pastikan doh tidak begitu keras.

– Bulatkan doh menggunakan tangan dan buatkan lubang di tengah. Kemudian, picit keliling kuih untuk mendapat hasil seperti dalam gambar.

kuih cecemek

– Letakkan gula putih di dalam kuih tersebut.

Cara penyediaan kuah:

  • Santan
  • Tepung gandum 1 sudu
  • Garam secukupnya

1. Campuran santan (agak agak Jangan pekat sangat), letak tepung gandum dalam 1 sudu.

2. Kemudian garam secubit dua. Kacau bagi sebati, tapis Kemudian kukus 15-20 minit. Memang tak ada resepi yang tepat sebab buat memang main agak agak sahaja.

kuih cecemek

3. Gambar dalam bekas besar tu kukus 15minit tapi macam tak masak sangat, kena tambah masa 10minit lagi.

Cuba la buat, sedap tau. Kuih Fav Nonie nie. Bulan puasa wajib ada cuma puasa tahun lepas je tak dapat makan.

Sumber: Facebook Nonie Khairul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×