Famili

Jenis Insurans Rumah Anda WAJIB Tahu, Kena Tahu Beza MRTT, MRTA, MLTT & MLTA

7
SHARES
jenis insurans rumah

Buat anda yang sedang melalui proses pembelian rumah pertama, pasti pening kepala memikirkan segala borang-borang yang perlu diisi. Ini juga termasuklah pemilihan jenis insurans rumah yang mempunyai maksud berbeza mengikut kepada keperluan masing-masing.

Antara jenis insurans yang ada adalah MLTA, MRTA, MRTL, dan MLTT tapi apa maksud kenapa semua ini? Berikut merupakan penjelasan setiap satu supaya anda dapat membezakan jenis insurans rumah yang ada ini.

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

JENIS INSURANS RUMAH, APA BEZA 4 PILIHAN INI?

jenis insurans rumah

Kena ingat yang kepentingan insurans hanya akan nampak bila sesuatu kejadian tak diingini berlaku. Pendek kata, insurans ni macam sediakan payung sebelum hujan untuk kesayangan anda dalam waktu yang sukar.

1.Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

Ia adalah insurans hayat konvensional yang melindungi anda secara peribadi. Pampasannya tidak berkurangan sepanjang tempoh pinjaman.

2.Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)

Ini adalah pelan insurans hayat konvensional yang nilai pampasannya berkurangan sepanjang tempoh polisi. Polisi ini ditawarkan oleh pihak bank.

3.Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

Ini merupakan perlindungan kepada baki hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun. Ia juga perlu dibayar sekaligus dan berlandaskan syariah.

4.Mortgage Level Term Takaful (MLTT)

Memberi perlindungan kepada keseluruhan jumlah hutang dan ia setara dari awal polisi hingga tamat polisi. Ia boleh dibayar secara ansuran dan berlandaskan syariah.

*Jadi, pilihlah yang dapat melindungi bukan sahaja kediaman malah diri dan orang tersayang anda juga ya!

Baca juga: Jenis-Jenis Tidur Dalam Islam, Kalau Nak Badan Bertenaga Kena Tidur Waktu Nombor 2 Tu!

Sumber: Rahim Zulkifly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×