Suami Isteri

Hukum Suami Masukkan Jari Dalam Kemaluan Isteri, Orang Dah Kahwin Kena Tahu!

77
SHARES
FARAJ PEREMPUAN

Dalam perhubungan suami isteri, tidak semua perkara kita tahu. Hal ini termasuklah, berkenaan hukum suami memasukkan jarinya ke dalam faraj isteri. Umum mengetahui, faraj perempuan agak ‘sensitif’ dan adakah tindakan ini juga dibenarkan dalam Islam?

Jadi, bagi menjawab tanda tanya mengenaikan tindak memasukkan jari ke dalam farah isteri, ikuti perkongsian lanjut di bawah ini.

Baca juga: 5 Tips ‘Sentiasa Cantik’ Yang Isteri Kena Buat Untuk Goda Suami, Confirm Terus ‘Terkam’!

HUKUM SUAMI MASUKKAN JARI KE FARAJ PEREMPUAN

FARAJ PEREMPUAN

Seorang suami diharuskan untuk menikmati seksual pada setiap tubuh badan isterinya melainkan bahagian dubur. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ لَا يَسْتَحِيي مِنَ الْحَقِّ فَلَا تَأْتُوا النِّسَاءَ فِي أَدْبَارِهِنَّ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran, maka janganlah kamu mendatangi isteri pada dubur mereka.”

Para ulama juga berpendapat bahawa suami dan isteri boleh menyentuh dan bermain dengan alat sulit pasangan secara seksusal dan makruf, bukan dengan cara merosakkan.

Perkara ini disebut oleh Zainuddin al-Malibari — murid kepada Ibn Hajar al-Haitami — bahawa:

يَجُوزُ لِلزَّوْجِ كُلُّ تُمَتَّعُ مِنْهَا بِمَا سِوَى حَلَقَةِ دُبُرِهَا وَلَوْ بِمَصِّ بَظَرِهِ

Maksudnya: “Diharuskan bagi seorang suami itu menikmati secara seksual akan tubuh isterinya, selain daripada lubang dubur (yakni dengan cara meliwat), sekalipun dengan menghisap biji kelentitnya.”

Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah dinyatakan juga, bahawa seorang suami boleh menikmati segenap tubuh isterinya, termasuklah diharuskan untuknya beronani dengan tangan isterinya, sekalipun perbuatan onani itu tidak dibolehkan untuk dilakukan dengan tangannya.

Begitu juga dia boleh menikmati isterinya dengan menggunakan tangannya, termasuklah dengan memasukkan jarinya ke dalam faraj isterinya.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut terikat dengan syarat selagi mana tidak merosakan dan mendatangkan kemudaratan, sama ada kepada pihak isteri mahupun suami.

Jadi, berdasarkan persoalan di atas, diharuskan bagi suami untuk menikmati isterinya menggunakan tangan seperti memasukkan jari ke dalam faraj perempuan.

Perkara ini terikat dengan syarat selagi mana tidak mendatangkan kemudaratan sama ada kepada suami atau isteri. Anda juga diharuskan untuk bermain-main dengan menggunakan mulut dan lain-lain dengan syarat tidak membawa kepada penyakit dan masalah kesihatan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wanita Badan Chubby, Ini 7 Posisi Asmara Boleh Cuba. Baru Makin ‘Hangat’!

Sumber: Maktabah Al Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×