Famili

Jangan Lupa Simpan 6 Dokumen Penting Ini Bila Dah Dapat Kunci Rumah

9
SHARES
DOKUMEN RUMAH

Memiliki rumah sendiri sudah tentunya impian semua orang. Apabila hasrat sudah tercapai dan kunci kediaman telah diserahkan, anda jangan lupa untuk simpan beberapa dokumen rumah ini.

Sekiranya disimpan, sebarang kesulitan di masa akan datang yang memerlukan dokumen tersebut sudah sedia ada di dalam simpanan fail khas anda.

Baca juga: Senarai Perbezaan Program Lepasan SPM, Yang Mana Satu Jadi Pilihan Adik-Adik?

BILA DAH DAPAT KUNCI KEDIAMAN, SIMPAN DOKUMEN RUMAH INI

DOKUMEN RUMAH

Bila dah selesai urusan pembelian rumah dan dapat kunci, ada beberapa dokumen yang perlu anda simpan. Jangan seronok sangat sampai terlupa ambil dokumen ini.

Ada lawyer yang akan pos ke alamat dan ada juga yang telefon untuk mintak ambil di pejabat bila dah selesai semua urusan.

Ini antara senarai dokumen penting:

1. Salinan geran/strata (untuk unit berstrata)

Sila check salinan geran yang anda terima. Pastikan ada nama, nombor kad pengenalan ditulis dengan betul dan gadaian bank/LPPSA.

2. Sale & Purchase Agreement (SPA atau S&P)

Bila dapat S&P, buat salinan siap-siap untuk buat pertukaran nama bil utiliti. Kena simpan betul-betul sebab ini bukti pemilikan hartanah itu.

3. Letter offer bank

Simpan salinan kerana dalam ini ada loan tenure, rate, lock in period (jika ada)

4. Valuation report

Yang ini biasanya valuer akan pos ke alamat, jadi simpan elok-elok untuk future reference.

5. Polisi MRTT/takaful kebakaran

6. Simpan resit valuation, legal fees dan renovation

Jika nak jual rumah dalam tempoh kurang dari 5 tahun, boleh bantu untuk kurangkan cukai keuntungan hartanah (CKHT)

Simpan skali nombor telefon/kad agent dan lawyer. Mana tahu untuk masa akan datang boleh guna balik khidmat mereka.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Tanggalkan Lencana Sekolah Anak Yang Ditampal Guna Gam, Mudah & Menjadi!

Sumber: Facebook Kedah Realtor : Hartanah Subsale & Lelongan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×