Rumah

5 Barang Yang Wajib Tersedia Di Rumah Baru, Tapi Ramai Terlepas No 3 Tu.

429
SHARES

Salah satu impian yang ingin dicapai oleh semua orang adalah memiliki rumah baru. Lebih-lebih lagi pasangan baru berkahwin. Mak-mak juga apa kurangnya. Seronok dapat kunci rumah baru!

Tapi tak mungkinlah anda mahu berpindah masuk ke rumah baru yang kosong bukan? Kenalah pastikan barang keperluan cukup supaya aktiviti harian anda tak terganggu.

Ini antara barang yang wajib tersedia di rumah baru anda. Jangan ada yang tertinggal!

Kelengkapan tempat tidur

Apabila pindah ke rumah baru, pastikan anda sudah mempunyai katil. Boleh pilih katil kayu atau besi mengikut tema rumah. Jangan lupa sediakan sekali tilam, bantal dan selimut yang selesa.

Peralatan mandi

Peralatan mandian penting untuk kebersihan diri. Pastikan kelengkapan berkaitan seperti gel mandian, sabun, berus gigi, ubat gigi dan syampu telah tersedia untuk digunakan.

Perabot asas

Ramai sebenarnya yang terlepas pandang untuk menyediakan perabot asas di rumah baru. Paling ringkas ialah meja makan. Selain digunakan untuk makan, anda boleh gunakannya untuk buat kerja dan jamu tetamu.

Almari dan ampaian baju juga perlu ada. Pilih model yang simple dan bersaiz sederhana supaya tak makan banyak ruang. Lebih mudah jika ia juga boleh digunakan untuk menyimpan barang selain pakain.

Peralatan elektrik

Apakah keperluan yang penting di setiap rumah? Jawapannya mestilah peralatan elektrik. Selain menjimatkan masa, ia juga memudahkan aktiviti harian anda di rumah.

Ini antara peralatan elektrik yang perlu di sediakan di rumah baru anda. Serius berguna!

  • Mesin basuh
  • Peti sejuk
  • Alat pemanas air mandi
  • Pembersih vakum
  • Microwave
  • Periuk nasi
  • Seterika
  • Pemanas air elektrik

Peralatan dapur

Lebih baik sediakan peralatan asas dan wajib saja bagi memudahkan aktiviti memasak sesuai dengan saiz dapur baru anda. Kena ada set pinggan mangkuk dan cawan sebagai permulaan.

Jika mahu memasak, sediakan dapur elektrik supaya lebih selamat. Jangan lupa sediakan peralatan memasak seperti periuk, kuali, sudip, pisau dan juga papan pemotong.

Seronok lihat barangan rumah bukan? Anda boleh gunakan senarai ini apabila berpindah ke rumah baru nanti ya.

Jika anda berminat memiliki rumah idaman di lokasi strategik berdekatan Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada cadangan terbaik untuk anda!

Rumah KITA Bestari, sesuai didiami seisi keluarga

Mahukan rumah yang tepat buat seisi keluarga? Anda boleh memilikinya di KITA Bestari. Inilah projek perumahan oleh LBS Bina yang terletak di lokasi strategik di Dengkil, kejiranan Cybersouth.

Paling menarik tentang KITA Bestari adalah berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Anda boleh akses pelbagai kemudahan seperti hospital, sekolah, balai polis, bomba dan sebagainya.

Lokasi KITA Bestari juga menghubungkan rangkaian lebuh raya utama seperti ELITE, MEX dan LDP. Sangat memudahkan bagi anda yang bekerja di sekitar Lembah Klang.

Selalu guna pengangkutan awam? Tiada masalah! KITA Bestari juga berdekatan dengan hab transportasi penting, Putrajaya Sentral yang menjadi hab utama untuk Ekspress Rail Link, ERL dan bas.

Selain itu, KITA Bestari juga dilengkapi dengan fasiliti seperti laman permainan, gelanggang badminton, ruang perkelahan dan banyak lagi. Memang puas hati!

Rumah Bandar yang memenuhi citarasa moden

Rekaan Rumah Bandar yang ditawarkan di KITA Bestari tampil moden dan penuh gaya. Semuanya cukup selesa. Kami yakin anda bahagia tinggal di sini bersama keluarga tersayang.

Ia dibina dengan ciri-ciri ruang yang luas dan cantik bagi setiap ahli keluarga. Pendek kata, tak kira golongan, semua orang boleh mendiami rumah di KITA Bestari.

Dengan semua kelebihan yang disediakan, KITA Bestari pasti menjadi pilihan tepat untuk anda yang ingin memiliki rumah yang selesa, selamat dan mudah diakses.

Buat pengetahuan korang, sebelum ini LBS Bina banyak buat cabutan bertuah untuk pembelinya tau.

Oleh itu, bagi mengekalkan momentum kejayaan kempen LBS Bina yang lepas, mereka bakal mengadakan cabutan bertuah lagi sekali!

Sertai Cabutan Bertuah LBS Fabulous Extraaaa, hadiah menarik menanti anda!

Bermula pada 1 Julai 2023, anda yang telah membuat pembelian layak untuk menyertai Cabutan Bertuah LBS Fabulous Extraaaa.

Namun begitu, bagi anda yang membuat pembelian bermula 1 November hingga 31 Disember 2023, lebih banyak ganjaran istimewa menanti anda.

Anda bukan sahaja dapat menyertai Cabutan Bertuah LBS Fabulous Extraaaa yang menawarkan hadiah hebat termasuk sebuah kereta Perodua Axia, Motosikal, Sistem Teater Rumah, televisyen, Basikal Gunung dan pelbagai peralatan elektrik rumah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.5 juta, tetapi pihak LBS Bina juga akan belanja anda baucar hadiah misteri dengan nilai keseluruhan sebanyak RM275,000!

Lebih istimewa lagi, melalui promosi kali ini anda juga berpeluang untuk menikmati tawaran tambahan seperti yuran guaman percuma, yuran tempahan yang rendah dan banyak lagi kelebihan lain. Seronok tak terhingga!

Mahu dapatkan sebuah rumah idaman anda di KITA Bestari dan sertai cabutan bertuah gempak daripada LBS Bina? Klik SINI. Jangan lupa beritahu keluarga dan kawan-kawan anda untuk sertainya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×