DIY & Kraf

Cara Daftar Akaun BSN Online Tanpa Perlu Ke Kaunter, Mudah & Cepat

11
SHARES

Seperti bank-bank di Malaysia, Bank Simpanan Nasional atau BSN juga ada menyediakan khidmat perbankan secara atas talian atau online.

Lebih menakjubkan bila anda tidak perlu ke kaunter lagi untuk daftar akaun BSN online. Nak tahu macam mana? Berikut adalah cara daftar akaun BSN online tanpa perlu ke kaunter. Mudah dan cepat!

Baca juga: Menyesal Letak Nama Anak Panjang Sangat, Ini Cara Tukar Nama Anak Di JPN

CARA DAFTAR AKAUN BSN ONLINE TANPA PERLU KE KAUNTER

1.  Tekan link ini dan skrol terms & conditions sampai habis baru korang boleh tekan Accept dan next.

2. Masukkan 16 digit nombor kad bank anda, cvv2 (3 nombor dekat belakang kad atm anda) serta tarikh expired kad anda. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan next.

3. Masukkan username yg korang suka. Create password yang panjang dan susah org lain teka. Tang password ni ramai failed. Please gabung macam ni untuk senang lulus tapi make sure korang ingat la.

Contoh: Jenny_8787

4. Tekan request OTP. Ini dia akan send dekat nombor telefon korang daftar haritu. Pastu masukkan 6 number tersebut. Pilih online image yang korang suka. Mana mana pun boleh tapi make sure ingat la.

5. Sekiranya berjaya akan keluar macam ni. Tahniah diucapkan! Tekan click here dan login masukkan username dan password tadi.

6. Isi data personal ni untuk kali pertama login sahaja. Yang penting tu yang ada *merah. Yang lain taknak isi tak apa. Alternatif number letak nombor suami/isteri pun tak apa.

Okay ni last step. Boleh la nk jelajah korang punya BSN online banking atau nak terus logout. Pastikan hafal dan tanda sikit username dan password tadi dekat mana mana.

Kalau ada online banking senang nak membeli. Betul tak? Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Izni Arshad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×