Makluman dan amaran penting, anda semua dilarang merokok di 28 tempat ini di dalam Malaysia.
Hal ini kerana, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] yang telah diwartakan pada 2 Februari lalu telah berkuat kuasa serentak dengan peraturan-peraturan serta perintah di bawahnya bermula semalam, 1 Oktober.
DILARANG MEROKOK DI 28 TEMPAT INI!
Ia susulan KKM memandang serius kesan buruk amalan merokok yang berleluasa termasuk aktiviti pemasaran dan promosi tidak beretika disasarkan kepada golongan kanak-kanak serta remaja.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah KKM mewartakan Akta 852 bermula 2 Februari lalu adalah sejajar usaha mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.
Baca juga: Bang~ AWAS Bawa Mudarat Kencing Berdiri, Cepat-Cepatlah Ubah Tabiat Ini!
Baca juga: Selalu Berperang Dalam Senyap Antara 6 Sebab Utama Mod Rapuh, Luar Je Tunjuk Kuat!
SENARAI 28 TEMPAT LARANGAN MEROKOK
Jadi, mari lihat 28 senarai tempat dilarang untuk merokok yang disertakan dengan Akta Kawalan Produk Tembakau 2004 (Akta 852) seperti di hantaran Public Health Malaysia (PHM) semalam.
- Pusat hiburan atau teater, kecuali kasino;
- Kawasan hospital atau klinik;
- Lif atau tandas awam;
- Tempat makan;
- Kedai berhawa dingin;
- Bangunan dobi;
- Bangunan hentian pengangkutan awam;
- Kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang telah diluluskan;
- Kawasan premis kerajaan;
- Bangunan Parlimen Malaysia;
- Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan sama ada di mana-mana tempat awam atau di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian;
- Kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi;
- Kawasan taman asuhan kanak-kanak;
- Kaunter perkhidmatan awam;
- Kompleks membeli-belah;
- Kawasan stesen minyak;
- Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium;
- Kawasan kompleks sukan;
- Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan;
- Kawasan perpustakaan;
- Kafe internet;
- Kawasan tempat latihan khidmat negara;
- Bangunan tempat kerja;
- Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka;
- Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka;
- Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi, dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri;
- Di dalam bas sekolah;
- Di dalam kenderaan awam.
Baca juga: Jangan Paksa Diri Untuk Cepat Sembuh, 5 Fasa Bakal Dihadapi Hilangnya Insan Tersayang!
Sumber: Public Health Malaysia / Sinar Harian
FT Image: Miera Zulyana