Rakyat

“Mungkin Paru-Paru Saya Akan Berhenti & Menyebabkan Kematian”- Lelaki Tanggung Derita Akibat Merokok & Vape

33
SHARES

Perbuatan menghisap rokok dan rokok elektronik atau vape sudah sedia maklum kesannya kepada kesihatan badan amatlah berbahaya.

Sebagaimana derita dan pengalaman yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini, kesan kesihatan badan yang dihadapi akibat merokok dan vaping telah memakan dirinya. Dia disahkan mengalami masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax.

Jom ikuti kisah ini, semoga menjadi asbab buat para perokok di luar sana untuk mengambil inisiatif berhenti merokok secara perlahan-lahan dan iktibar buat kita semua. Buat saudara Faris Ifwat, semoga anda diberikan kesembuhan kesihatan.

Baca juga: Suami Kedekut! Beri RM20/Minggu Belanja Dapur Termasuk Duit Poket Anak, 8 Tahun Isteri Sabar

BADAN TANGGUNG DERITA AKIBAT PERBUATAN MEROKOK & VAPING

Tangan kanan tak boleh letak sisi badan sebab ada tiub. Tidur lah macam tu 4 hari dengan tiub dalam paru-paru. Sakit dia tak terkata.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah semalam saya telah pun discaj dari hospital setelah hampir seminggu ditahan di wad kerana sesak nafas atau masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax akibat daripada vaping dan smoking (merokok).

Iaitu komplikasi di mana udara masuk ke rongga paru-paru menyebabkan paru-paru tak dapat mengembang. Situasi ini menyebabkan paru-paru sebelah kanan saya dihimpit oleh udara yang terperangkap dan seterusnya menjadi kecut.

Jadi setelah dibincangkan, doktor memberitahu saya untuk terus menebuk di bahagian kanan dada dengan segera dan meletakkan chest tube untuk mengeluarkan udara bagi membolehkan paru-paru bahagian kanan saya berfungsi dengan baik.

JIKA LAMBAT TEBUK…BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN!

Jika lambat tebuk kemungkinan paru-paru saya akan berhenti dan boleh menyebabkan kematian.

Alhamdulillah selepas lebih 72 jam memakai chest tube, udara yang terperangkap dapat dikeluarkan. Dan chest tube ini terus ditanggalkan pada hari ke-4.

Kena training paru-paru bagi pulih seperti biasa.

Sekarang paru-paru saya masih lemah dan memerlukan latihan bagi menguatkan balik paru-paru saya seperti biasa.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya, ahli keluarga saya, keluarga mertua saya, saudara-mara saya, doktor-doktor, jururawat dan semua staf hospital Teluk Intan dan rakan-rakan sahabat yang mendoakan kesihatan saya dan menolong dari segi mental dan fizikal dan menziarahi saya semasa terlantar di hospital.

PESANAN BUAT SEMUA, BERHENTILAH MEROKOK & VAPING!

Gambar: Gerak sikit je badan rasa tiub tu kena dinding paru-paru. Nyilu mat.

Doakan saya agar pulih sepenuhnya dan doakan hati saya kental dapat mengharungi hari-hari tanpa vape dan rokok (pening nak demam semua ada yelah terpaksa berhenti mengejut).

Untuk kawan-kawan ku beringatlah sesama kita bertapa bahayanya benda alah ni. Dulu saya seperti anda smua tak percaya. Bila dah kena dekat diri sendiri baru ada akai orang cakap haha.

RASA SAKIT YANG SAYA RASA SUSAH NAK BERNAFAS, HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU…

Untuk kawan-kawan yang bertanya rasa sakit macam mana bila mula-mula kena. Rasa sakit dia rasa macam susah nak bernafas. Nafas jadi pendek dan tercungap cungap, macam ada sesuatu menghalang saluran pernafasan dan pergerakan juga terbatas.

Rasa sakit dia hanya Allah saja yang tahu.

Sekian dari saya Mohamad Faris Ifwat. Check in Hospital Teluk Intan 21-26/7/22. Assalam.

Sumber: Facebook Faris Ifwat Mohamad Fauzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×