Asuh

Anak 2 Tahun Sebenarnya ‘Special’, Bukan ‘Terrible’. Ini 10 Sebabnya

2.8K
SHARES

“Tak lama lagi, Riana nak masuk umur 2 tahun. Kalau baca ciri anak 2 tahun di internet, kebanyakannya mengaitkan dengan tantrum. Siap digelar ‘terrible two’ lagi. Ish, patutlah sekarang asyik mengamuk saja.”

Ramai yang cakap ciri anak 2 tahun ni teruk, suka buat perangai, dan asyik mengamuk. Tapi sebenarnya ia lebih tepat digelar sebagai tempoh peralihan, di mana mereka sedang beralih daripada fasa bayi kepada anak kecil (toddlerhood). Oleh itu, usia 2 tahun ini adalah amat signifikan.

Walaupun mereka mungkin mengalami masalah untuk beradaptasi dengan beberapa perubahan, terutamanya emosi yang sukar dikawal, namun anak 2 tahun tetap mempunyai keistimewaan mereka tersendiri.

10 Sebab Anak 2 Tahun Sebenarnya ‘Special’, Bukan ‘Terrible’!

Berikut adalah sebab mengapa kita patut melihat ciri anak 2 tahun sebagai salah satu keindahan, dan bukannya cabaran semata-mata.

1. Mereka Peminat Nombor 1 Kita

Anak 2 tahun tak pernah kisah apa yang kita pakai, bagaimana rupa kita masa baru bangun tidur, bau badan kita masa belum mandi, dan sebagainya. Mereka tetap akan cakap kitalah yang paling cantik. Mereka tetap nak peluk dan cium kita semahunya.

Dan merekalah peminat nombor satu kita tak kira apapun keadaan kita.

ciri anak 2 tahun

Foto Kredit: huffingtonpost.com

2. Empati Mereka Buat Kita Tersentuh

Kalau kita ada masalah di tempat kerja dan menangis dalam kereta, mereka akan hulurkan mainan dan bersimpati pada kita. Mereka peluk kita dan cuba menceriakan kita tanpa pernah menghakimi kita.

Kasih sayang mereka adalah sangat mendalam dan jujur. Dan ini semua amat terkesan kepada hati kita – dan ego kita.

ciri anak 2 tahun

Foto Kredit: lifeaspire.com

3. Mereka Mengingatkan Kita Agar Menikmati Setiap Detik

Mereka akan ajak kita bermain, menari, dan menyanyi tanpa mengira masa. Semasa semua ini berlaku, begitu sukar untuk kita menolak pelawaan mereka.

Mereka sebenarnya sedang mengajar kita untuk menghargai setiap detik dan setiap perkara kecil yang berlaku – tanpa menghiraukan kerja yang bertimbun, tanpa mempedulikan apa orang lain kata, Mereka mengajar kita untuk melenyapkan semua kerisauan dan menikmati hidup ini dengan orang tersayang!

Foto Kredit: scarymommy.com

Foto Kredit: scarymommy.com

4. Mereka ‘Memaksa’ Kita Berkelakuan Pelik

Sebelum ini kita mungkin tak pernah terfikir untuk menjadi ‘pelawak’. Tapi, siapa boleh berkata tidak pada si comel ini apabila mereka meminta kita membuat muka kelakar, suara pelik, dan sebagainya? Semacho-macho bapa pun, tentu kalah juga jika si anak nak ajak main ‘make up’ dengan dia, bukan?

Selagi tidak membahayakan, kita pun layankan saja karenah mereka. Benarlah, dengan anak kecil ini, kita jadi lebih ‘hidup’.

Foto Kredit: weekon.com.ar

Foto Kredit: weekon.com.ar

5. Senyuman & Pelukan Mereka Punya Aura Luarbiasa

Dalam hati seorang ibu ayah, tiada apa yang lebih bahagia daripada melihat senyuman dan mendengar hilai tawa anak-anak. Lebih indah lagi jika gelak tawa itu dikongsi bersama.

Semua rasa gelisah, stres, dan kerisauan yang menimbun selama ini terus hilang – memang magikal!

Foto Kredit: today.com

Foto Kredit: today.com

6. Mereka Yakinkan Kita Untuk Mencuba Sesuatu Yang Baru

Dalam usia 2 tahun ini, anak-anak memang suka meneroka dan mempelajari sesuatu yang baru. Setiap kali mereka belajar sesuatu perkara, kita pun banyak belajar sama.

Mereka tak mahu ditinggalkan di rumah pengasuh, tapi mereka tak membenci kita. Mereka berani, tak mudah putus asa, dan mahu cuba berdikari. Inilah ciri anak 2 tahun yang patut kita contohi.

Foto Kredit: bezzia.com

Foto Kredit: bezzia.com

7. Mereka Mencetuskan Imaginasi Kita

Sebelum ada anak, berapa kerap agaknya kita menggunakan ruang imaginasi dalam fikiran kita? Mungkin dah terlalu lama atau tak pernah langsung!

Dengan anak 2 tahun ini, macam-macam imaginasi mereka yang kita layankan. Guna lori mainan buat telefon, berangan jadi princess, berlakon menentang orang jahat, dan macam-macam lagi. Semua ini bukan saja menyeronokkan, tetapi ia juga baik untuk latihan imaginasi kita yang dah berhabuk.

kebaikan bercuti

Foto Kredit: lifehacker.com

8. Mereka Boleh Berkomunikasi & Memahami

Kalau dulu masa anak masih bayi, kita yang lebih banyak bercakap dengan mereka. Kini, ciri anak 2 tahun makin terserlah dengan kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi. Mereka pandai berceloteh dan faham bila kita ceritakan sesuatu pada mereka.

Bukan itu saja, mungkin ada sesetengah anak yang amat sensitif dan tahu perasaan kita walaupun kita tidak menuturkannya. Bahkan, boleh memujuk pula dan cuba buat kita tersenyum.

Foto Kredit: mom.me

Foto Kredit: mom.me

9. Mereka Suka Menolong

Dalam usia ini juga, mereka sudah boleh membantu kita. Contohnya, ambilkan sesuatu di dalam bilik. Secara tak sedar, mereka sedang membesar dan menjadi lebih matang di hadapan mata kita.

10. Bagi Mereka, Kitalah Yang Terbaik!

Ada masanya, kita rasa kita dah jadi ibu bapa yang paling teruk di dunia. Kita rasa seperti seorang yang gagal. Tapi, bagi si kecil, mereka yakin kitalah yang terbaik buat mereka.

Walaupun kita tak pandai masak, tak reti uruskan mereka, cuai, dan asyik terlupa tarikh yang penting di taska mereka – mereka tak pernah menganggap kita teruk. Kalau kena marah sekalipun, mereka tak akan berdendam dengan kita. Sebaliknya memeluk kita lebih erat dan sentiasa berada di sisi kita. Itulah ciri anak 2 tahun kita.

Foto Kredit: melodijolola.com

Foto Kredit: melodijolola.com

Tantrum Hanyalah Sebahagian Kecil Daripada Emosi Mereka

Ada masanya memang mereka tidak dapat mengawal kelakuan. Tapi, kita juga manusia biasa apabila kadangkala kita hilang sabar dengan perangai mereka. Apapun, percayalah si anak ini memiliki kasih sayang sebesar dunia hanya untuk anda berdua.

Mereka bukan cuba mencabar kewarasan anda, tetapi mereka hanya cuba untuk menjadi diri sendiri – dengan cara mereka yang serba istimewa dan unik!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×