Asuh

6 Sebab Mengapa Sikap Keras Kepala Itu Penting Untuk Anak Anda

1.4K
SHARES
anak keras kepala

“Arif, tadi ibu banyak kali kata jangan memanjat. Sekarang dah jatuh, kan benjol kepala. Kenapa tak dengar Mama beritahu tadi?”

Situasi begini memang sinonim dengan anak kecil. Selagi dilarang, selagi itu mereka lagi ‘galak’ mencuba. Benda yang kita suruh pula, bukan main ‘liat’ mereka nak buat. Bukanlah mahu melabel mereka sebagai anak degil, tetapi sikap mereka yang keras kepala itu boleh menyebabkan kita hilang sabar.

Namun, tahukah anda bahawa sikap keras kepala ini sebenarnya salah satu sifat yang penting dalam perkembangan anak kecil? Malah, terdapat pelbagai kajian sains dan psikologi yang telah dilakukan untuk membuktikan teori ini.

Mari kita lihat mengapa anak keras kepala itu sebenarnya istimewa dan tak patut dianggap sebagai sesuatu yang negatif dalam diri anak kecil.

Foto Kredit: writesomething.org.au

Foto Kredit: writesomething.org.au

6 Sebab Mengapa Sikap Keras Kepala Penting Untuk Anak Anda

1. Mereka Sedang Membina Keyakinan

Jarang sekali kita lihat anak keras kepala ini mahu mengikut cakap kita pada kali pertama kita mengarahkan mereka. Tetapi, jika anda perasan, mereka lebih senang bertolak-ansur apabila diberi pilihan.

Ini bermaksud anak anda tidak mudah mematuhi arahan secara melulu. Mereka juga percaya bahawa anda akan selalu berada di samping mereka walau apa pun kesudahannya. Ianya mungkin memenatkan, tetapi secara tidak langsung proses ini membina kepercayaan antara anda dan anak anda. Sedikit demi sedikit, mereka akan mula nampak logiknya di sebalik nasihat anda.

Foto kredit: todobebe.com

Foto kredit: todobebe.com

2. Mereka Selesa Membuat Pilihan

Daripada sekecil-kecil perkara seperti menu makanan yang mereka mahukan dan warna baju yang ingin dipakai, mereka mahu membuat pilihan sendiri. Barangkali ada kalanya permintaan mereka nampak tidak logik, tetapi sebenarnya proses ini menjadikan mereka lebih matang apabila dewasa kelak, terutamanya apabila dibimbing dengan baik oleh ibu bapa.

Sebuah kajian menunjukkan bahawa sikap anak keras kepala ini mendorong mereka membesar sebagai seorang yang sangat berjaya dalam kerjaya dan kebanyakannya menceburi bidang usahawan.

cara melembutkan hati anak

Foto Kredit: jmouders.nl

3. Tak Mudah Terikut-ikut

Tak kiralah anak jiran sebelah main permainan apa, rakan di sekolah makan apa, gunakan beg sekolah jenis apa, mereka biasanya tidak peduli dan hanya fokus terhadap sesuatu yang mereka sendiri minati.

Walaupun anda merasakan anak anda pelik dan tidak seperti anak lain, ia menunjukkan mereka berani melawan arus dan tidak mudah terikut-ikut dengan sikap orang di sekeliling.

anak keras kepala

Foto Kredit: tjudeofthelakeschool.org

4. Mereka Melakukan Sesuatu Sepenuh Hati

Bukan mudah untuk berhenti mandi apabila mereka sedang bermain. Ini kerana, mereka meletakkan sepenuh perhatian terhadap apa yang mereka lakukan.

Mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu yang mereka suka lakukan dan anda seharusnya mengasah minat tersebut untuk pergi lebih jauh lagi!

anak conteng dinding

Foto Kredit: enfemenino.com

5. Gigih Memperjuangkan Apa Yang Mereka Percaya

Kepercayaan terhadap anak kecil adalah pendorong utama untuk melihat magik yang boleh dilakukan oleh mereka. Ia membuka seribu satu peluang kepada mereka untuk meneroka.

Mereka tidak mudah gelabah atau bertukar pendapat apabila anda memberitahu mereka baju yang dipilih sendiri itu tidak berpadanan. Mereka tidak mudah percaya apabila anda memberitahu mereka bahawa mainan yang mereka mahukan tidak lagi dijual.

Semangat yang ada pada anak kecil inilah pemula kepada episod kejayaan dan juga penentu terhadap jatuh bangun mereka.

Foto Kredit: masimpress.com

Foto Kredit: masimpress.com

6. Ia Menunjukkan Mereka Amat Teliti

Anak-anak ini mempunyai keazaman yang kuat dan menetapkan ‘standard’ tersendiri untuk dipenuhi.

Kalau anda perasan, mereka amat teliti dan sesetengahnya bersifat ‘perfectionist’. Contohnya dalam isu memilih makanan. Jika ini berlaku, mungkin anda boleh meminta pendapat mereka dan bekerjasama dalam menyediakan hidangan bersama mereka pada masa akan datang. Dapat juga meringankan beban, bukan?

anak kurang makan

Foto Kredit: expertbeacon.com

Raikan Keunikan Mereka!

Sekalipun berbeza pendapat daripada anak, keunikan mereka yang dianggap anak keras kepala ini sepatutnya diraikan, selagi ia tidak bertentangan dengan moral atau syarak. Seperti nasihat yang diungkapkan oleh Saidina Umar Al-Khattab :

“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”

Sebagai ibu bapa, jangan cepat terasa hati sekiranya mereka tidak mahu mengikut arahan kita. Sebaliknya cuba fahami dan selami isi hati mereka dan beri peluang untuk mereka membuktikan kebolehan masing-masing!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×