40 Minggu

Fasa Perkembangan Bayi Dalam Kandungan, Dari Bulan Ke Bulan

133
SHARES
Fasa Perkembangan Janin Dalam Kandungan, Dari Bulan Ke Bulan

Tahniah kerana anda disahkan mengandung. Anda pasti mempunyai seribu satu pertanyaan terutama sekali jika ini adalah kandungan pertama anda. Berapa besar bayi di dalam kandungan anda? Bila anda dapat rasakan pergerakan di dalam perut anda?

Fasa Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Ayuh, kita lihat perkembangan janin bulan ke bulan dari waktu disenyawakan sehinggalah kepada kelahiran.

Konsepsi

Fasa Perkembangan Bayi

Foto Kredit: webmd.com

Persenyawaan berlaku apabila sperma daripada seorang suami bertemu dan menembusi telur daripada seorang isteri melalui hubungan kelamin. Sebaik sahaja persenyawaan berlaku, jantina bayi telah pun ditentukan. Di dalam tempoh tiga hari persenyawaan, telur tersebut akan membahagi kepada sel-sel yang banyak dengan sangat cepat. Kemudiannya ia akan melalui tiub fallopio dan memasuki uterus di mana ia akan melekat pada dinding rahim. Plasenta, sumber makanan kepada bayi juga akan mula terbentuk.

 

4 Minggu Kehamilan

Fasa Perkembangan Bayi

Foto Kredit: webmd.com

Pada waktu ini, bayi akan mula membentuk struktur badan yang kemudiannya akan membentuk bahagian muka dan leher. Jantung dan saluran darah akan terus berkembang bersama-sama dengan pembentukan paru-paru, perut dan hati. Jika anda lakukan ujian kehamilan pada waktu ini, ia akan menunjukkan tanda positif dan pengesahan awal bahawa anda sedang mengandung.

 

8 Minggu Kehamilan

Fasa Perkembangan Bayi

Janin anda sekarang bersaiz setengah inci lebih. Kelopak mata dan telinga akan mula membentuk dan anda boleh mula nampak hujung hidungnya. Tangan dan kaki berkembang dengan elok dan jari-jari tangan dan jari-jari kaki akan mula memanjang dan dapat dilihat dengan jelas.

 

Minggu Kehamilan

Fasa Perkembangan Bayi

Fasa Perkembangan Bayi

Bayi sekarang berukuran 2 inci dan mula menunjukkan pergerakan. Doktor anda boleh mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan peralatan khas. Jantina bayi akan menjadi semakin jelas.

 

16 Minggu Kehamilan

 

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Bayi anda sekarang berukuran lebih kurang 4.5 inci dan mempunyai berat dalam 100 gram. Mata bayi boleh mengerdip dan jantung serta saluran darah telah membentuk dengan sempurna. Jari-jari di tangan dan kaki sudahpun mempunyai cap jari.

 

20 Minggu Kehamilan

 

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Bayi anda kini mempunyai berat dalam 275 gram dan berukuran 6 inci panjang. Uterus anda kini berada di paras pusat anda. Bayi anda boleh menghisap jari, menguap, menggeliat dan malah boleh tersenyum. Pada waktu ini juga, anda boleh rasakan bayi anda bergerak.

 

24 Minggu Kehamilan

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Dengan berat sekitar 635 gram, bayi anda kini boleh bertindakbalas terhadap bunyi dengan bergerak atau meningkatkan denyutan jantung. Anda juga dapat rasakan gelombang tatkala bayi anda tersedu. Dengan bahagian dalam telinga terbentuk sepenuhnya, bayi anda dapat rasakan jika beliau terbalik di dalam rahim.

 

28 Minggu Kehamilan

 

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Kini bayi anda seberat 1 kilogram dan sering bertukar posisi. Jika anda terpaksa melahirkan bayi pramatang, peluang tinggi bayi anda akan selamat. Masa untuk anda mendaftar kelas bakal ibubapa sebagai persiapan berdepan dengan detik kelahiran, seterusnya bahagian menyusu dan penjagaan asas bayi.

 

32 Minggu Kehamilan

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Bayi kini seberat hampir 1.8 kilogram dan bergerak dengan lebih kerap. Pada saat ini sehinggalah waktu kelahiran, berat bayi akan naik secara mendadak. Mula fikirkan tentang penyusuan dan anda mungkin perasan cecair kekuningan yang keluar daripada payudara anda. Ia dikenali sebagai kolostrum dan ia terjadi sebagai persiapan payudara untuk menghasilkan susu. Kebanyakan wanita akan berjumpa dengan doktor sebanyak dua minggu sekali pada tahap ini.

 

36 Minggu Kehamilan

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Setiap bayi adalah berbeza dari segi saiz dan berat, dan ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk jantina, bilangan bayi yang dikandung dan saiz ibubapa. Secara purata, bayi pada peringkat ini adalah sepanjang 18.5 inci dan mempunyai berat sekitar 2.7 kilogram. Otak bayi berkembang dengan sangat pesat dan paru-paru sudah hampir siap berkembang. Kepala bayi sepatutnya sudah berada di dalam posisi ke bawah pada peringkat ini.

 

40 Minggu Kehamilan / Kelahiran

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Tarikh matang adalah pada tempoh 40 minggu dan seringkali dikira pada hari pertama keluarnya haid ibu tersebut. Bergantung kepada maklumat ini, ada yang melahirkan anak di antara 38 ke 42 minggu dan seringkali ianya jatuh pada 40 minggu kehamilan. Sebagai langkah berjaga-jaga, kebanyakan bayi dilahirkan tidak lebih daripada minggu ke-42. Dan kadang-kala doktor terpaksa melakukan induce bagi mempercepatkan proses kelahiran.

Kredit kepada: WebMD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×