Susu tin pekat merupakan bahan yang digunakan dalam masakan pemanis mulut dan juga minuman. Namun, penggunaannya adalah sedikit sahaja dan anda perlu menyimpannya di dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama dan tak rosak.
Sebelum ini orang hanya mencari cara untuk menyimpan susu cair sahaja kan? Jadi, kali ini kami kongsikan cara simpan susu tin pekat yang belum dan sudah dibuka supaya tahan lama dan tak mempunyai rasa pelik. Jom tengok apakah caranya.
Baca juga: Resepi Pulut Sekaya/Seri Muka Bakar, Paling Sedap Ada Lapisan Kerak Lemak Berkrim!
CARA SIMPAN SUSU TIN PEKAT SUPAYA TAK CEPAT ROSAK
1. Mula-mula, sebelum buka tin susu pekat itu, pastikan basuh dahulu tinnya kerana risau jika tin itu dalam keadaan kotor yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.
2. Setelah tin susu pekat dibuka, anda wajib simpan ia dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran susu.
3. Anda perlu memindahkan baki susu pekat yang masih belum digunakan ke dalam bekas bertutup dan kedap udara.
4. Jangan sesekali simpan susu pekat dalam tin kerana boleh menyebabkan tin berkarat dan memudaratkan keadaan susu tersebut.
5.Susu pekat takkan menjadi keras setelah dimasukkan ke dalam peti sejuk, tapi teksturnya akan jadi lebih pekat daripada biasa.
6. Jika anda simpan susu pekat di dalam chiller, ia boleh tahan sehingga 3 minggu. Tapi jika anda simpan ia di dalam freezer, boleh tahan sehingga 6 bulan tau.
Jika tin susu pekat masih belum dibuka, anda hanya perlu menyimpannya di tempat yang kering dan jauh dari cahaya matahari. Itulah antara cara simpan susu pekat yang anda boleh praktikkan di rumah. Selepas ini, bolehlah anda gunakannya tanpa was-was lagi.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resepi Nasi Goreng Kunyit Macam Nenek Masak, Ada ‘Vibe’ Tahun 90-an!
Sumber: Aima Mzln via Lemon8