Advertorial

Cuma Perlu Picit, 5 Cara Kreatif Ni Jadikan Makanan Popular Malaysia Tambah Sedap. Cubalah!

2.4K
SHARES

Biasanya, kita gunakan krimer pekat bila membancuh air ketika menyediakan menu sarapan atau minum petang. Tapi, pernahkah anda terfikir ia juga boleh dijadikan sapuan, celupan dan topping untuk pelbagai makanan popular di Malaysia? Betul, ia memberikan rasa lain daripada yang lain!

Kalau anda tak ada idea untuk pelbagaikan juadah popular Malaysia, di bawah ini admin kongsikan beberapa idea yang anda boleh cuba di rumah. Cuma picit Teapot Squeeze Tube, confirm anda makan tak berhenti!

1. Satay

Anda pernah makan satay dengan kuah selain kuah kacang? Tak pernah? Apa kata picit Teapot Squeeze Tube. Rasa krimer memberikan rasa manis lemak berkrim jika nak dibandingkan dengan kuah kacang. Siapa tak makan pedas boleh cuba!

2. Keropok lekor

Jika ke pasar malam, tah sah rasanya kalau tak beli keropok lekor. Balik makan depan TV cicah sos, naik selera. Sekali-sekala, apa kata anda picit Teapot Squeeze Tube perisa Pandan. Kalau biasanya anda makan dengan sos pedas, kali ni celup keropok lekor dengan Teapot. Mesti sedap!

3. Rojak buah

Satu lagi juadah yang kita suka beli kalau di pasar malam, rojak buah. Dari jauh, nampak penjual tu gaul buah dengan kuah rojak, naik selera kita dibuatnya! Lepas ni, apa kata anda minta dengan penjual tu kuah asing. Balik gaul di rumah.

Tuangkan buah-buahan tadi ke dalam mangkuk besar, picitkan Teapot Squeeze Tube perisa Pandan sedikit untuk rasa manis-manis. Baru tuangkan kuah rojak dan gaul rata. Rasa manis dan pedas dari kuah rojak memberikan gabungan sempurna!

4. Ketupat palas

Biasanya kita jumpa ketupat palas ketika hari raya atau majlis tertentu. Tapi, apa kata hujung minggu ni kita cuba buat dan makan dengan Teapot Squeeze Tube? Kalau kebiasaannya anda makan dengan rendang atau lauk-pauk lain, kali ni cuba picitkan perisa Gula Melaka. Barulah ada rasa lain daripada yang lain!

5. Pulut panggang

Siapa kat sini suka kuih tradisional pulut panggang? Kuih pulut yang berintikan kelapa pedas tu. Anda nak cuba inovasikan rasa pulut panggang tu? Apa kata anda cicahkan pulut panggang dengan Teapot Squeeze Tube. Rasa pedas-pedas pulut tu ditambah dengan kemanisan krimer memang umphh la!

Teapot Squeeze Tube mudah, cepat dan sedap!

Macam mana dengan idea yang admin cadangkan tadi? Menarikkan? Apa kata anda cuba di rumah dengan Teapot Squeeze Tube. Bukan saja mudah disediakan, Teapot Squeeze Tube boleh dibawa ke mana-mana kerana ia hadir dalam bentuk tiub. Lepas ni, bolehlah anda nikmati pelbagai juadah popular di Malaysia di mana saja!

Untuk pengetahuan anda, Teapot Squeeze Tube boleh didapati dalam tiga perisa iaitu Pandan, Gula Melaka dan Krimer Manis. Ia boleh dipadankan dengan pelbagai lagi juadah tempatan popular di luar sana, terpulang mengikut kreativiti masing-masing.

Jom dapatkan Teapot Squeeze Tube ini di kedai berhampiran atau secara atas talian di Lazada sekarang. Selamat menjamu selera! #TeapotSqueezeTube #SekaliPicitPastiNakLagi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×