“Alamak! Apahal mata aku jadi mata panda ni? Ish ni mesti sebab aku ‘stay up’ beberapa hari, layan drama Korea. Aduhai kan mata dah lebam macam kena tumbuk. Dahlah naik tren, mesti ramai yang perasan. Ish, ada ke cara menghilangkan mata panda ni dengan cepat?”
Memang panik kalau bangun pagi tengok cermin ada sahaja yang tak kena kat muka. Apatah lagi jika kena naik pengangkutan awam, mulalah rasa serba tak kena. Terasa seperti semua mata memandang.
Jangan panik! Ada penyelesaiannya.
8 Cara Menghilangkan Mata Panda Dengan Mudah & Pantas
Berikut cara menghilangkan mata panda dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati di dapur anda. Pastinya dapat menghilangkan lengkungan hitam pada kadar segera.
1. Ubi kentang
Hiris ubi kentang dan sejukkan dalam peti sejuk selama lima minit.
Potong pada dua bahagian dan letakkan pada mata selama 15 hingga 20 minit.
2. Susu
Ambil sedikit susu sejuk dan celup bebola kapas ke dalamnya.
Lekap pada mata selama 20 minit.
3. Minyak vitamin E
Tuang sedikit air sejuk dalam mangkuk dan titiskan sedikit minyak vitamin E.
Rendam kapas ke dalam campuran tadi dan letakkan di mata.
4. Timun
Hiris timun yang sudah disejukkan dalam peti ais dan letakkannya pada mata.
Timun adalah bahan yang terbaik untuk menghilangkan mata panda.
5. Uncang teh
Rendam uncang teh dalam air sejuk dan kemudian masukkan dalam peti sejuk seketika.
Selepas itu letakkan uncang pada mata selama 30 minit. Bilas muka selepas itu.
6. Air sejuk
Sediakan empat sudu besi dan semangkuk air sejuk. Rendam sudu dalam air sejuk. Ambil dua sudu dan lekapkan pada mata.
Tukar sudu seterusnya sehingga hilang lebam di bawah mata.
7. Telur
Asingkan putih telur dari kuning telur kemudian pukul putih telur perlahan-lahan.
Ambil berus dan sapukan putih telur tadi di bawah mata selama 20 minit dan bilas muka selepas itu.
8. Air kosong
Banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan mata cepat kering sehingga teradinya mata panda.
Berkesan dalam 20-30 minit!
Tiada masalah lagi jika anda sering kelihatan letih dan tidak bermaya.
Ubah penampilan dan anda juga akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai pada waktu awal pagi.
Ternyata, cara menghilangkan mata panda ini telah dicuba oleh ramai orang!