Dapur

Resepi 10 Air Asam Pelbagai Cita Rasa, ‘Hantu’ Pencicah Kena Cuba Pasti Suka!

2
SHARES
cara buat air asam

Kali ini penulis ingin kongsikan 10 resipi air asam pelbagai cita rasa untuk dicuba, terutamanya buat mereka yang ‘hantu’ pencicah. Kalau nak tahu, cara buat air asam di bawah ini agak berbeza dari kebiasaannya.

Di mana, resipi yang dikongsikan Dania Yusdi ini juga mencampurkan pelbagai jenis makanan di dalam pencicah air asam tersebut untuk menjadikan rasanya lebih unik dan enak. Antaranya adalah telur, terung bakar, kaki ayam, daging bakar dan kerang.

Baca juga: Rahsia AYAM GORENG KUNYIT Luar Rangup Tapi Dalamnya ‘Juicy’, Lazat Tak Terkata!

CARA BUAT AIR ASAM YANG SEDAP & PELBAGAI RESIPI

Semua sedap, memang terbaik! Membuka selera betul, hantu ayaq asam munculkan diri!

10 RESEPI AIR ASAM PELBAGAI CITA RASA!

1. Air Asam Cabai Picit Ikan Rebus

cara buat air asam

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • Cili padi
  • Belacan (bakar dulu ye)
  • Air asam jawa (untuk bgi lemak)
  • Garam (agak-agak ya sebab belacan pun dah msin)
  • Air perahan limau nipis/limau kasturi (untuk bagi wangi)
  • Ikan rebus (ikan goreng pun boleh tapi kalau ada ikan bakar lagi terbaik dan padu)
  1. Gaul belacan dengan air asam jawa.
  2. Buang biji asam jawa.
  3. Masukkan cili padi dan patah-patahkan.
  4. Masukkan garam dan isi ikan rebus.
  5. Kalau nak sedap jangan hancurkan ikan rebus, biar berketul-ketul macam dalam gambar.
  6. Perah air limau nipis atau limau kasturi tapi jangan banyak sangat air perahan limau sebab asam jawa dah masam.
  7. Pandai agak-agak ya rasa, ikut selera tekak masing-masing.

2. Air Asam Mavelous Ikan Bakar (Nadea El Fatteh)

cara buat air asam

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • Bawang besar
  • Tomato
  • Cili kecil & besar
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
  • Kerisik
  • Limau nipis
  1. Hiris bawang besar, tomato, cili kecil & besar.
  2. Kisar bahan-bahan yang sama seperti bahan hirisan dan tambah belacan, garam, gula secukup rasa serta air asam jawa.
  3. Gaul bahan dihiris dan dikisar dengan kerisik serta perahan air limau nipis.

3. Air Asam Pencicah Terung Bakar (Mdm Kelly)

resepi air asam

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • Belacan sebesar ibu jari
  • Air asam jawa
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Sedikit gula
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Isi ikan rebus/bakar
  1. Satukan semua bahan dan picit-picit.
  2. Tak perlu letak garam sebab belacan dah masin.
  3. Kemudian, letak isi ikan yang direbus atau dibakar.

4. Air Asam Picit Ikan Bakar (Puan Yoi)

resepi air asam

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • Asam jawa seketul besar limau nipis
  • Belacan besar 2 ibu jari
  • 9 biji cili padi
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan air
  1. Masukkan asam jawa, belacan dan air ke dalam mangkuk untuk diramas sampai  sebati.
  2. Patah-patahkan cili padi sambil tenyeh di mangkuk (kalau tak pandai buat macam itu, boleh potong kasar cili padi dan tumbuk dalam lesung batu kasar-kasar).
  3. Perasakan garam dan gula.
  4. Kalau nampak pekat boleh tambah air lagi.

5. Air Asam Ketagih Versi Diet (Afy AL Habibi)

resepi air asam

Bahan-bahan A:

  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan

Bahan tambahan:

  • 1 biji lemon perah jusnya, asingkan biji dan ambil sekali sari buah.
  • 3 tangkai cili padi hijau
  • 3 tangkai cili padi merah

Bahan lain:

  • 1 1/2 gelas air asam jawa (segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
  • 1 sudu besar garam bukit
  • 1/2 sudu besar gula perang
  1. Belah dua bahan-bahan A kecuali belacan dan bakar atas pan non-stick.
  2. Masukkan semua bahan  A dan bahan tambahan tadi dalam pengisar.
  3. Tambahkan air asam jawa (ikut kepekatan yang diingini).
  4. Masukkan juga garam bukit dan besar gula perang untuk dikisar selumatnya.
  5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan:

  1. Ambil beberapa sudu besar stok air asam dan masukkan dalam mangkuk.
  2. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi.

Bagi kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan. Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, anda perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

Baca juga: Semua Kena Tahu 5 Fungsi BUAH KERAS Dalam Masakan, Patutlah Sedap Lain Macam!

Baca juga: Resepi Nasi Beriani TELUR, Kena Guna Perencah Ini ‘Confirm’ Makan Bertambah!

6. Telur Air Asam (Mahfuzah Aidi)

air asam cabai picit

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • Telur
  • Bawang merah
  • Lada cili
  • Asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto (kalau suka)
  1. Rebus telur dalam 5 minit (buat separuh masak lagi sedap).
  2. Hiris bawang merah dan lada cili.
  3. Buat air asam jawa.
  4. Letak sikit gula dan garam.
  5. Tuang atas telur rebus yang dah dibelah dua.
  6. Biarkan dalam 5-10 minit supaya kuah itu serap dalam telur.

7. Colek Kaki Ayam Air Asam 

air asam kaki ayam

Kaki ayam:

  1. Kaki ayam di potong kuku dan basuh bersih.
  2. Kemudian, rendam air garam dan basuh semula.
  3. Kaki ayam direbus (masukan garam halia & bawang putih) hingga lembut (20 minit periuk noxxa).
  4. Sambil itu, boleh buat air asam.

Bahan A:

  • Bawang holand dipotong dadu
  • Tomato dipotong dadu
  • Cili api hijau dan merah (dipotong dadu)
  • Daun ketumbar (dipotong halus)
  • Kicap sotong (pilihan)

Bahan B:

  • Air asam jawa
  • Gula, garam & ajinommoto

Bahan lain:

  • Cili flakes
  • Limau kasturi
  1. Semua bahan B dimasak terlebih dahulu.
  2. Kemudian, gaul semua bahan A dan B hingga sebati.
  3. Masukkan kaki ayam bila air asam dah suam-suam untuk digaul bersama.
  4. Taburkan cili flakes & letak limau kasturi.

8. Air Asam Kerang (Zara Zyad Bundle‎)

air asam cabai picit

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • Bawang merah hiris
  • 1-2 biji cili api hiris
  • Tomato hiris
  • Daun ketumbar hiris
  • Belacan bakar
  • Asam jawa
  • Air masak
  • Nampla (sos ikan)
  • Limau nipis
  1. Kerang rebus sekejap lepastu kopek, asingkan dalam mangkuk lain.
  2. Asam jawa sikit + belacan setengah ibu jari (agak-agak) + air masak dilenyek sekali.
  3. Kemudian, tuang masuk dalam kerang tadi.
  4. Masuk semua bahan hiris, perah limau nipis.
  5. Kaup balik dan rasa, kalau dah okay boleh terus makan.

9. Air Asam Kerisik Daging Bakar (Mazliza Ahmad)

air asam kerisik

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • 3 biji cili masak*
  • 10 tangkai cili padi*
  • 1 mangkuk kecik air asam jawa*
  • Belacan 1/2 ibu jari*
  • Garam, gula dan perasa*
  • 1 biji tomato (belah 4 & hiris)
  • 1 biji bawang besar (belah 4 & hiris)
  • 1 biji cili masak (hiris)
  • 3@4 biji cilipadi (hiris)
  • 3 biji limau kasturi (belah 2 buang biji)
  • 1 sudu besar kerisik
  1. Mesin bahan-bahan bertanda *.
  2. Masukkan dalam mangkuk dan campur semua bahan hiris, kerisik serta perahkan limau kasturi.
  3. Masukkan kulit limau sekali dan kacau rata.
  4. Seimbangkan rasa masam manis dan masinnya.

10. Daging Rebus Air Asam

air asam cabai picit

Bahan-bahan & cara penyediaan:

Bahan-bahan A:

  • Sedikit cili besar
  • Sebiji tomato
  • 6 tangkai cili padi (ikut kepedasan anda suka)
  • Air asam
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan B:

  • Tomato
  • Cili padi
  • Cili besar
  • Bawang besar
  1. Perlu ada daging yang telah direbus dan dipotong.
  2. Bahan-bahan A dikisar tapi jangan sampai hancur lebur sangat ya, kasar-kasar sahaja.
  3. Hiris bahan-bahan B dan masukkan dalam bahan kisar tadi.
  4. Masukkan daging yang dah direbus dan gaul sebati.

Baca juga: Resepi Daging Masak Manis, Bahan Campak-Campak Je Tapi Menyelerakan Tau!

Sumber: Dania Yusdi

FT Image: Dania Yusdi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×