Bagi seorang anak perempuan, ayah merupakan cinta pertama mereka. Ada satu kisah yang menjadi inspirasi dan mengundang sebak dalam masa yang sama apabila seorang ayah kayuh basikal untuk menggembirakan anak perempuannya yang istimewa.
Kayuhan basikal yang dirakam menerusi perkongsian Tiktok ini juga bukan biasa-biasa kerana anak istimewa ini turut dibawa bersama ke Bukit Fraser!
Baca juga: Pelajar Perakaunan Terbaik Dunia Maut Dalam Nahas 6 Kenderaan Gara-Gara Kereta ‘Makan Jalan’
AYAH KAYUH BASIKAL BAWA ANAK ISTIMEWA NAIK BUKIT FRASER UNDANG SEBAK…

Foto tangkap layar Tiktok.
Dalam video Tiktok @wiradihan itu memaparkan seorang anak syurga bernama Dihan, 17 tahun, yang mengalami cerebral palsy ditatang oleh ayahnya dengan penuh kasih sayang.
Oleh kerana mengalami masalah cerebral palsy dan tidak boleh bergerak dan berjalan dengan sempurna, tempat duduk Dihan direka khas mengikut keselesaan dan disambung di belakang basikal ayahnya untuk dibawa bersama-sama menaiki Bukit Fraser.
“Aku, anak syurga dan Fraser Hill. Kayuh demi kebahagiannya,” tulis di video Tiktok.
Menurut ayah ini, Dihan antara yang paling gembira apabila dapat mengikut ayahnya mengayuh. Dapat dilihan dalam rakaman video, Dihan ketawa dan riang sepanjang perjalanan menaiki Bukit Fraser tersebut walaupun perlu melalui jalan berliku.
“Walaupun laluan berbukit, kami harungi bersama momen istimewa begini kerana ia satu laluan yang buatkan Dihan ketawa bahagia,” katanya.
Perkongsian video ini sememangnya memberikan inspirasi dan kagum dalam kalangan netizen terutamanya yang mempunyai anak-anak istimewa. Ramai yang memuji kudrat dan semangat ayah ini menjaga dan membesarkan anak syurga terutamanya dengan mengayuh basikal serta membawa anak bersama semata-mata untuk kegembiraannya.
@wiradihan Aku, anak syurga & Fraser’s Hill Kayuhan Demi Kebahagiaan BIKEISABLE Anak Syurga Luar Biasa 🔥 #bikeisable #lunastella #anaksyurgaluarbiasa #ProApparel #inclusiondisable #Disabledrunbikerun #CerebralPalsy #mycp ♬ Nur Nilam Sari – Search & Awie
*Didoakan semoga ayah yang hebat ini sentiasa dipermudahkan urusan, bertambah rezeki dan sentiasa sihat. Syurga buat ayah dan anak, aamin!
Baca juga: Murid Darjah 2 BUTA Kedua-Dua Belah Mata Akibat Kerap Makan Sosej & Nuget, Kurang Vitamin A
Sumber: Tiktok @wiradihan