Euforia Bola 2026
Inspirasi

“Hadiah Kecil, Tapi Penuh Makna”- Lukisan Anak Istimewa Buat PMX Curi Perhatian, Netizen Puji Sikap Menghargai

anak istimewa

Perkongsian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas beliau berkongsi momen menerima sebuah lukisan daripada seorang anak istimewa ketika menghadiri program Temu Anwar di Negeri Sembilan.

Baca juga: Guru Ditahan Selepas Didakwa Ketuk Kepala Murid, Pukul Ibu Menggunakan Tongkat!

ANAK ISTIMEWA BERI LUKISAN BUAT PMX CURI PERHATIAN RAMAI

anak istimewa

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi hantaran tersebut, beliau memaklumkan lukisan berkenaan diserahkan oleh seorang anak istimewa yang hadir bersama bapanya. Meskipun hanya sebuah hasil seni ringkas, pemberian itu dilihat cukup bermakna buat beliau.

Masih saya ingat, lukisan ini diserahkan oleh seorang anak istimewa sambil didukung ayahnya, ketika program Temu Anwar di Negeri Sembilan baru-baru ini.”

“Terima kasih atas pemberian yang cukup bermakna ini. Saya hargai dengan penuh kasih,” katanya.

Perkongsian itu turut memperlihatkan gambar beliau memegang lukisan berkenaan yang menampilkan watak robot lengkap dengan perisai berwarna merah dan biru.

Selain watak robot tersebut, lukisan berkenaan turut memaparkan objek berbentuk tongkat yang dipegang pada tangan kirinya, sekali gus menunjukkan kreativiti dan imaginasi anak kecil berkenaan.

Netizen Tersentuh Lihat PMX Hargai Pemberian

anak istimewa

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang memuji tindakan beliau menghargai pemberian daripada rakyat, terutama daripada golongan kanak-kanak.

Rata-rata netizen menyifatkan sikap tersebut sebagai satu bentuk penghargaan yang mampu memberi kegembiraan serta keyakinan kepada anak istimewa berkenaan.

Ada yang berpendapat bahawa perhatian diberikan kepada hadiah kecil seperti itu menunjukkan nilai keprihatinan seorang pemimpin yang menghargai setiap lapisan masyarakat.

Cara PMX hargai hadiah ringkas macam ni bagi keyakinan orang. Tenang dan berjiwa besar memang penting untuk negara,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi netizen berkata, walaupun hadiah tersebut sederhana, namun nilai sentimentalnya cukup besar.

Hadiah kecil, tetapi penuh makna. Lukisan daripada peminat cilik ini pastinya menjadi kenangan yang istimewa,” tulisnya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna turut memuji pendekatan beliau yang dilihat mesra dan dekat dengan rakyat.

Memang nampak ikhlas. Sikap macam ni buat orang rasa pemimpin dekat dengan rakyat biasa,” kata seorang pengguna.

Momen berkenaan sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan bahawa penghargaan terhadap sesuatu pemberian tidak dinilai berdasarkan harga atau saiznya, sebaliknya melalui keikhlasan dan nilai sentimental yang terkandung di sebaliknya.

Baca juga: Nak Dapat RM50? Majlis Bandaraya Seremban Tawar Insentif Kepada Warganegara Yang Serah Anjing Terbiar

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×