Famili

Pelajar Perakaunan Terbaik Dunia Maut Dalam Nahas 6 Kenderaan Gara-Gara Kereta ‘Makan Jalan’

bidang perakaunan

Insiden yang mengejutkan berlaku pada petang Ahad lepas apabila seorang penunggang motosikal yang merupakan pelajar cemerlang dalam bidang perakaunan maut dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat-Ampang.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 4.45 petang, membabitkan empat motosikal dan dua buah kereta.

Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

PELAJAR CEMERLANG BIDANG PERAKAUNAN MAUT, NAHAS KENDERAAN ‘MAKAN JALAN’

Ketika kejadian, empat motosikal dinaiki enam individu termasuk dua pembonceng serta sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.

“Sebuah kereta jenis Perodua Alza yang datang dari arah Ampang telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tepi jalan. Akibat kemalangan itu, seorang lelaki berusia 20 tahun yang menunggang sebuah motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”

“Lima lagi penunggang dan pembonceng motosikal yang lain cedera dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan,” kata Ketua Polis Daerah Kajang.

Difahamkan, pemandu kedua-dua kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Mengulas lanjut, punca kejadian masih dalam siasatan dan kenderaan terbabit dihantar untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Kimia.

PEMUDAH MAUT PENERIMA BIASISWA BERPRESTIJ, NO.1 PEPERIKSAAN FIA!

bidang perakaunan

Lebih menyayat hati apabila difahamkan mangsa yang maut dalam kemalangan itu, Aysar Zahran Saiful Alimin adalah seorang pelajar cemerlang di bawah biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.

Sangat membanggakan apabila TYMBA Education melalui hantaran di Facebook malam tadi memaklumkan bahawa Allahyarham meraih tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan FIA pada Disember 2023.

*Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran buat keluarga mangsa dan segala urusan mengenai kes ini cepat diselesaikan.

Baca juga: Ada 600 Kereta Mewah Rolls-Royce, Ini 6 Fakta Kekayaan Sultan Brunei Tak Tercapai Dek Akal!

Sumber: Berita Harian, Tymba Edu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×