Inspirasi

Ada 600 Kereta Mewah Rolls-Royce, Ini 6 Fakta Kekayaan Sultan Brunei Tak Tercapai Dek Akal!

2
SHARES
kekayaan sultan brunei

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah memerintah Brunei sejak 5 Oktober 1967. Baginda adalah sultan yang ke-29 dalam sejarah kerajaan Brunei dan juga Ketua Negara serta Ketua Pemerintah di negara tersebut. Selain memerintah, kekayaan Sultan Brunei ini juga sering disebut kerana begitu ‘mega’!

Malah, baginda sultan juga pernah menjadi individu terkaya di dunia dan sehingga kini ramai yang menganggap baginda masih kekal berada di tangga teratas.

Baca juga: 10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!

6 FAKTA KEKAYAAN SULTAN BRUNEI, NILAI JUTA-JUTA ITU NORMAL!

kekayaan sultan brunei

Foto: Forex Complex

Brunei memiliki simpanan minyak yang sangat besar, yang menjadikan negara ini salah satu pengeluar utama minyak dan gas di Asia Tenggara. Rizab minyak Brunei inilah menjadikannya orang terkaya di dunia pada tahun 1980-an (sebelum Bill Gates mengambil tempatnya) dan kini mempunyai nilai bersih kira-kira $30 bilion.

Berikut adalah 6 fakta mengarut tentang gaya hidup termahal di dunia.

1. Istana Nurul Iman, merupakan istana kediaman terbesar di dunia

kekayaan sultan brunei

Foto: Forex Complex

Dengan keluasan 2.1 juta kaki persegi, ia mempunyai:

• 1,788 bilik
• 257 bilik mandi
• 5 kolam renang
• 44 tangga marmar
• 51,000 mentol lampu (pada 564 candelier)

Tambahan pula, keseluruhan struktur dihiasi dengan emas 22 karat.

2.Koleksi keretanya memang mengagumkan

Foto: Freepik

• 600 buah Rolls-Royce
• 450 buah Ferrari
• 380 buah Bentley

Kebanyakannya ditempah khas untuknya. Baginda malah mengarahkan syarikat Bentley untuk membina SUV mewah pertama di dunia untuknya sebelum ia menjadi popular.

3.Jet peribadi

Foto: Forex Complex

Sebuah Boeing 747 yang ditempah khas dengan:

• Candelier kristal
• Suite bilik tidur peribadi
• Singki emas padu
Perabot bersadur emas tulen

Ia pada dasarnya adalah sebuah ‘istana terbang’.

4.Bayar Michael Jackson untuk persembahan peribadi

Foto: Forex Complex

Untuk ulang tahunnya yang ke-50, baginda menerbangkan Michael Jackson untuk persembahan peribadi. Baginda juga menerbangkan 3000 tetamu dan mengadakan perlawanan polo dengan Raja Charles. Jumlah kos untuk satu malam? $27 juta!

5.Bil potongan rambut yang ekstrem

Foto: Freepik

Sultan Brunei membayar $20,000 untuk menerbangkan tukang gunting rambut peribadinya dari London ke Brunei dengan jet peribadi. Hanya untuk menggunting rambut.

6. Zoo peribadi

Foto: Freepik

Ini merupakan salah satu pembeliannya yang paling ‘gila’, sebuah zoo peribadi. Zoo peribadi ini juga mempunyai kira-kira 30 ekor harimau Bengal. Zoo itu mempunyai burung yang dilatih untuk bermain bola keranjang dan menunggang basikal untuk hiburannya.

*Ada lagi tak anak Sultan Brunei yang single? Boleh cuba…

Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!

Sumber: TIME (Foto), X @TheForexComplex

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×