Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) telah mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada Rabu. Penetapan harga kawalan bagi barangan yang tersenarai ini berlangsung selama 15 hari iaitu berkuat kuasa bermula 24 Mac hingga 7 April.
Baca juga: 10 Resipi Rendang Pelbagai Aneka Yang Boleh Cuba Masa Raya Nanti, Baru Meriah Atas Meja!
HARGA KAWALAN BARANGAN RAYA 2025
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebanyak 26 jumlah barangan di bawah skim berlangsung selama 15 hari itu. Di mana, jumlah tersebut lebih banyak berbanding hanya 22 barangan pada SHMMP 2024, lapor Harian Metro.
Berikut senarai barangan harga terkawal sempena Aidilfitri tahun ini.
Baca juga: Resipi 6 Jenis Air Sunquick Sedap Tak Terkata, Sampaikan Tetamu Yang Datang Tak Nak Balik Rumah!
1. Daging lembu atau kerbau

Gambar: aleksandarlittlewolf
- Kerbau import – kawalan harga hanya berkuat kuasa di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan
- Daging lembu import – harganya hanya dikawal di Sarawak
- Daging lembu tempatan – harga dikawal bagi seluruh Semenanjung Malaysia kecuali daging batang pinang
2. Hasil laut

Gambar: drobotdean
Harga barangan hasil laut yang dikawal oleh KPDNKSH termasuk:
- Ikan aya atau tongkol bagi 1 hingga 2 ekor sekilogram di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja
- Ikan demuduk, ikan sagai, ikan cermin dan ikan cupak bagi 3 hingga 5 ekor sekilogram di Sabah sahaja
- Ikan kembung termasuk ikan mabung pula ditetapkan bagi 8 hingga 12 ekor sekilogram
- Ikan selayang bermula 8 hingga 12 ekor sekilogram
Baca juga: Ini 3 Cara Buang Bau Hamis Daging Kambing, Barulah Terbuka Selera Nak Makan!
3. Sayuran

Gambar: freepik
Harga bagi kubis bulat import hanya melibatkan dari Indonesia dan China, namun tidak termasuk kubis Beijing.
Selain itu, sayur lain yang berada dalam kategori barangan harga terkawal adalah:
- Sawi hijau
- Timun
- Tomato
- Cili merah
- Kacang panjang
- Lobak merah
4. Bahan kering

Gambar: freepik
Antara bahan kering yang dikawal harga bagi Aidilfitri kali ini pula adalah:
- Bawang kuning besar
- Bawang merah besar import
- Bawang merah kecil India
- Bawang merah kecil India (ros)
- Bawang putih China
- Ubi kentang import (China)
- Halia tua import
- Kacang tanah
- Cili kering kerinting
Bagi kelapa biji, harga kawalan hanya ditetapkan bagi pembelian borong. Kelapa parut dan santan pula ditetapkan bagi pembelian runcit.
Baca juga: Ketahui Maksud No. CP Pada Minyak Masak, Patutlah Ada Cepat Hitam & Banyak Buih Lepas Guna!
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) / Harian Metro
FT Image: BERNAMA
