Mungkin agak janggal buat anak-anak generasi sekarang namun, salah satu jenis manisan yang menjadi kegemaran ramai apada suatu masa dahulu adalah agar-agar kering. Mudah sahaja untuk dimasak, malah atuk nenek kita pasti kongsikan resepi agar agar kering ini untuk cucu-cucunya.
Jadi, untuk bangkitkan kembali nostalgia di kampung, jom kita cuba buat sendiri agar-agar kering ini untuk disajikan kepada seisi keluarga atau tetamu. Ada juga yang jadikan sebagai hantaran perkahwinan dan bertunang.
Baca juga: Resepi Koktail Buah 7 Keturunan, Tambah 1 Bahan Rahsia Ini Untuk Lebih ‘Kick’!
RESEPI AGAR AGAR KERING, BANGKITKAN NOSTALGIA!
Ada lagi ke yang suka kuih-kuih tradisional macam ini? Ini resepi agar-agar kering yang ramai dah lama tak makan!
Bahan -bahan :
-60gm agar agar tali
-1500ml air
-1500gm gula pasir/sekilo setengah
-250gm gula batu
-Pewarna dan perasa
Cara-caranya:
1. Basuh agar agar dan masukkan dalam periuk. Kemudian, masak bersama air hingga agar agar cair.
2. Masukkan gula batu dan gula pasir..tunggu hingga mendidih dan gula cair.
3. Masukkan agar-agar tadi ke dalam loyang dan tambah pewarna. Kemudian, kacau sehingga sebati.
4. Biarkan agar-agar tadi keras dahulu. Setelah keras, potong kecil dan jemur sehingga kering.
5.Bila dah kering, boleh diletakkan dalam balang dan boleh dimakan!
*Boleh kembalikan nostalgia menu manisan dari nenek dahulu. Anak-anak zaman sekarang mungkin jarang disajikan dengan manisan ini atau ada yang tak pernah tahu!
Baca juga: Roti Nak Expired Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Marble Yang Sangat Sedap & Padu!
Sumber: Hamizan Sulaiman