Kebiasaannya, sebelum keluar rumah perkara utama yang akan dilakukan ialah mengunci dan memeriksa pintu. Namun, terdapat beberapa amalan dan doa meninggalkan rumah yang boleh dilakukan.
Lebih-lebih lagi jika anda meninggalkannya dalam tempoh yang lama. Ikuti amalan dan doa meninggalkan rumah yang dikongsikan Hizandie Shuaib seperti di bawah.
Baca juga: Hukum Kanak-Kanak Solat Saf Hadapan Bersama Orang Dewasa, Minta Pergi Belakang Ke?
DOA MENINGGALKAN RUMAH
![doa meninggalkan rumah](https://media.siraplimau.com/2024/06/BeFunky-collage_-2024-06-21T142407.324.jpg)
Gambar: Hizandie Shuaib
Ini aku nak kongsi antara amalan dan doa yang sentiasa aku amalkan setiap kali ingin meninggalkan rumah untuk suatu masa yang lama. Aku dapat ilmu ini pun melalui perkongsian di FB juga beberapa tahun yang lepas Ok.
Selepas dah kunci rumah elok-elok, korang letakkan tapak tangan kanan ke anak pintu atau dinding rumah. Kemudian baca ayat-ayat doa seperti di bawah ini:
Baca juga: Hukum Mencabut & Mewarna Putih UBAN Kepada Warna Lain!
1. Mengucap dua kalimah syahadah (1x)
2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW (3x)
3. Baca Ayatul Kursi (1x)
4. Baca Surah Yasin ayat ke-9 (1x)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”
Bermaksud: “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
Baca juga: Belum Setahun, Bayi Sudah Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim Alunan Ibunya!
5. Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”
Aku selalunya akan tambah satu lagi doa ini:
“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’ul ‘alim.”
6. Yakin
Semoga rumah atau tempat tinggal kita dan sekeluarga sentiasa terpelihara serta dijauhi daripada kejahatan manusia dan jin. Sesungguhnya Allah jualah tempat bergantung. Hati-hati memandu dan selamat pulang berhari raya korban gais.
Baca juga: Nak Heret Pasangan Curang Tapi Bukti Gagal Di Mahkamah, Ini 7 Sebabnya!
Sumber: Hizandie Shuaib
FT Image: Hizandie Shuaib / freepik