“Solat merupakan Rukun Islam yang wajib dilaksanakan dan berdosa jika ditinggalkan. Sekiranya seseorang itu terlepas waktu solat, anda perlu menggantikannya pada waktu lain dengan segera. Jadi, artikel kali ini penulis inginkan panduan dan cara qada solat yang anda perlu ketahui.
Orang yang tertidur, gila dan hilang akal ketika murtad diwajibkan untuk mengqadakan solat. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
Baca juga: Jangan Pernah Lupa Buat 6 Amalan Ini Dalam Kehidupan, Mesti Akan Rasa Perubahannya
CARA QADA SOLAT YANG SUDAH TERTINGGAL
Nabi SAW bersabda:
“Hutang Allah itu lebih perlu ditunaikan (diganti)”– Hadis Riwayat al-Bukhari dan al-Nasa’i
Ini bermakna solat yang telah tertinggal lama tetap juga dikira sebagai ‘hutang’ dan seseorang itu wajib menggantikan solat tersebut.
Perbuatan ini dipanggil qada solat yang membawa maksud menunaikan solat selepas pada waktunya apabila gagal solat ketika masuk waktu.
Jadi, lafas niat untuk solat qada adalah:
Niat qada Solat Subuh
Usolli Fardhos-Subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Niat qada Solat Zuhur
Usolli Fardhoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Niat qada Solat Asar
Usolli Fardhol Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”
Niat qada Solat Maghrib
Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Niat qada Solat Isyak
Usolli Fardhol isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Cara Solat Qada adalah seperti di bawah:
1. Niat
Baca niat di dalam hati seperti dikongsikan di atas.
2. Takbiratul Ihram
Seperti solat biasa, mulakan dengan Takbiratul Ihram dengan mengangkat kedua tangan ke telinga sambil mengucapkan “Allahu Akbar.”
3. Rukun solat
Lakukan rukun solat seperti membaca al-Fatihah, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tasyahhud.
4. Salam
Akhiri solat dengan mengucapkan salam kepada kedua-dua belah bahu.
PENENTUAN BILANGAN SOLAT QADA
Bagi menentukan bilangan solat fardu yang tertinggal, anda digalakkan agar membuat anggaran lebih untuk menyakinkan diri.
Ulama mazhab Syafie menetapkan jika solat yang ditinggalkan tidak tahu jumlah betulnya, ,maka hendaklah dia menggantikan solat tersebut sehingga diyakini cukup.
Sesiapa yang meninggalkan solat selama 20 atau 30 tahun wajib menggantinya sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuannya.
Seseorang itu wajib mengqadakan solat dengan segera dan dibenarkan untuk solat pada waktu haram (tahrim) selepas asar, subuh dan sebagainya.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Ini Sebab Anda Disarankan Makan Kurma Secara Bilangan Ganjil, Manfaatnya Luar Biasa!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Buat Umrah DIY, Hanya RM4K Seorang. Murah & Berbaloi!
Sumber: Taqwa & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan