Umum mengetahui, buah kurma adalah makanan sunnah dan disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Selain itu, anda juga digalakkan untuk makan kurma secara ganjil seperti 1, 3, 5, 7 dan 9.
Antara kurma popular dan ada disebut di dalam hadis adalah kurma ajwa. Hal ini kerana isinya yang sedap membuatkan ia menjadi kegemaran ramai.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Buat Umrah DIY, Hanya RM4K Seorang. Murah & Berbaloi!
INI SEBABNYA ANDA DISARANKAN MAKAN KURMA SECARA GANJIL
Nabi SAW bersabda:
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Maksudnya: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
Antara sebabnya adalah:
1. Baginda suka bilangan ganjil
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukilkan oleh At-Tabrizi, menyatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pergi menunaikan Solat Aidilfitri sehingga baginda makan beberapa biji buah kurma secara ganjil.
2. Beri kesan baik untuk badan
Selain bilangan ganjil dianjurkan dalam Islam, kajian daripada sudut sains juga mendapati kuantiti ganjil boleh memberi kesan yang baik kepada tubuh.
Kajian mendapati makan kurma dalam bilangan genap dapat membantu bacaan gula dalam darah dan kalium untuk tenaga seharian.
Kurma adalah sumber serat pemakanan yang baik dan kaya dengan jumlah fenolik dan anti oksidan semula jadi, seperti antosianin, asid ferulik, asid protocatechuic dan asid caffeic.
Jadi, inilah sebabnya anda digalakkan untuk makan kurma dalam bilangan ganjil supaya mendapat kebaikan seperti yang dinyatakan.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemudaratan jika makan secara bilangan genap. Khasiat buah kurma tetap juga boleh didapati. Jangan risau ya.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca SirapLimau.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan mengambil atau menyiarkan kandungan artikel ini di laman website yang lain tanpa pemberian kredit yang tepat.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Baca Surah Al Insyirah Setiap Kali Isi Minyak Kereta, Memang Ajaib!